Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Komited bantu orang lain, cemerlang dalam pelajaran

Jul 13, 2017 | 05:30 AM



Pelbagai liku kehidupan mencabar dua pelajar Universiti Pengurusan Singapura (SMU) ini. Namun, mereka kekal teguh dan gigih demi mengejar segulung ijazah. SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) dan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg) melaporkan.



PENGALAMAN melakukan kerja kemasyarakatan di India selama dua minggu membuka mata Encik Muhammad Hafiz Kasman.



Pelajar Universiti Pengurusan Singapura (SMU) itu menyertai sekumpulan pelajar pergi ke sebuah kampung di Nainital bagi mengajar penduduknya kemahiran perusahaan.



Namun, mereka juga banyak mendapat pengajaran daripada penduduk kampung itu.



"Saya mendapat inspirasi daripada kesungguhan pelajar di sana belajar meskipun mereka berdepan dengan cabaran. Misalnya, ada daripada pelajar itu terpaksa berjalan dua jam melalui kawasan berbukit dari rumah mereka ke sekolah setiap hari," ujar Encik Hafiz, 24 tahun.



Malah, selama empat tahun menuntut di SMU, beliau telah melakukan perkhidmatan masyarakat lebih 200 jam, termasuk projek perkhidmatan masyarakat di India itu.



Bagi usahanya berbakti kepada masyarakat, Encik Hafiz diberi Anugerah Circle oleh SMU dalam majlis pembukaan upacara konvokesyen universiti itu kelmarin.



Anugerah itu diberi kepada penuntut yang menerapkan nilai-nilai komitmen, kewibawaan, tanggungjawab, hubungan baik antara rakan, kepimpinan dan kecemerlangan.



"Saya berasa terharu dan rendah hati bahawa usaha saya di SMU diiktiraf, tetapi pada masa yang sama, ini dapat dikecapi kerana saya meraih pengajaran daripada mereka yang berjaya dahulu.



"Anugerah ini adalah penghormatan kepada semua rakan dan fakulti cemerlang yang telah memberi inspirasi kepada saya," kata beliau.



Encik Hafiz lulus dengan mendapat kepujian tertinggi SMU - Summa Cum Laude - bagi ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan, dengan pengkhususan dalam kewangan.



Beliau bakal memulakan pekerjaan sebagai konsultan pengurusan di firma Oliver Wyman pada September.



Sebagai sebahagian daripada projek perkhidmatan masyarakat di India itu, yang dinamakan Projek Gazaab, penuntut jurusan pengurusan perniagaan SMU mengajar belia di sana kemahiran perusahaan dan membantu mereka memulakan perniagaan kecil.



Menurut Encik Muhammad Hafiz, mereka juga mengumpulkan dana bagi membantu membiayai tiga idea perniagaan terbaik dalam kalangan belia tersebut.



Selain lawatan ke India, Encik Hafiz pernah diberi peluang belajar di Mexico, bekerja di Myanmar dan Indonesia, membuat penyampaian dalam sebuah persidangan di Australia dan membina rangkaian serta belajar di Scandinavia.



Selain itu, beliau terlibat dalam memulakan beberapa usaha sosial dan menerima Anugerah Usahawan Sosial AIESEC SMU pada 2014.



Antara lain, beliau mengasaskan bersama Program Penyerapan Perniagaan Sosial Singapura, sebuah program bekerja sambil belajar keusahawanan sosial.



Ia memberi peluang kepada pelajar dari luar negara memahami dinamik perniagaan, pemerintah dan masyarakat di sini dan mencuba projek ad-hoc dalam perusahaan sosial setempat.



Walaupun sudah tamat pengajian, Encik Hafiz berkata usahanya menambah ilmu tidak akan terhenti.



Sedang sebahagian rakannya menyambut kelulusan mereka dengan melancong ke luar negara, beliau sedang menjalani program bekerja sambil belajar di sebuah firma teknologi kewangan di Jakarta.



Memandang ke hadapan, Encik Hafiz berharap dapat terus melanjutkan pelajarannya.



"Saya berharap dapat mengikuti kursus ijazah sarjana dan terus melakukan projek tanpa meraih keuntungan sementara sedang bekerja ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >