SEBUAH hab baru, yang merangkumi gerai-gerai dan juga kelab masyarakat, akan dibina di tapak pasar dan kedai kopi lama yang terbakar Oktober tahun lepas.
Reka bentuk bangunan yang dibiayai pemerintah itu didedahkan hari ini dan dijangka siap akhir 2018 dan menelan belanja S$6.2 juta.
Ia merangkumi pasar seluas 420 meter persegi dengan 35 gerai, kedai kopi seluas 433 meter persegi di tingkat bawah dan pusat penjagaan warga tua dan kelab masyarakat di tingkat atas.
Encik Ang Wei Neng, penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Jurong, berkata semasa pendedahan reka bentuk tersebut semalam:
“Kami ingin mengubah tapak kebakaran itu kepada sebuah bangunan dua tingkat yang akan menempatkan pasar dan juga tempat makan baru di tingkat bawah serta Hab Penuaan Aktif di tingkat atas,” kata Encik Ang.
Beliau menambah bahawa harapannya adalah supaya bangunan baru itu, yang diberi nama Jurong Central Plaza, akan menjadi ‘ikon’ Jurong West.