Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kompleks baru satukan semua jurutera pertahanan

Mar 30, 2016 | 10:23 AM



JURUTERA pertahanan terkemuka Singapura kini bekerja di bawah satu bumbung - Kompleks Bersepadu Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), yang dibuka secara rasmi pada Selasa (29 Mac).



Terdiri daripada sebuah bangunan 12 tingkat baru dan struktur 25 tingkat sedia ada, ia akan menempatkan 3,000 jurutera yang sebelum ini tersebar di tiga lokasi - Depot Road, Bukit Merah dan Taman Sains.



Dibina di atas tapak seluas tiga padang bola sepak, ia menggunakan 'pejabat konsep terbuka' tanpa tembok atau kubikel bagi menggalak interaksi.



Ketua Eksekutif DSTA, Encik Tan Peng Yam, berkata ini bertujuan menggalak kerja berpasukan.



Kompleks baru itu dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, yang melawat premis tersebut.



Beliau berkata ancaman keselamatan hari ini daripada pelampau, peperangan siber, wabak biologi dan peperangan hibrid memerlukan jurutera dan saintis pertahanan mengambil "pendekatan pelbagai disiplin" bagi menyelesaikan masalah dan inovasi.



Reka bentuk bangunan itu akan "memecahkan halangan" antara jurutera, ahli teknologi dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), katanya.



Menarik perhatian bahawa tahun ini menandakan 50 tahun sejak Masyarakat Teknologi Pertahanan Singapura dibentuk, Dr Ng memuji anggotanya yang "berani berimpian besar dan bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka".



Beliau berkata DSTA telah meningkatkan keupayaan sains pertahanan republik ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >