Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kompleks pemulihan baru dibina di sebelah TTSH, siap 2022

Mar 21, 2017 | 01:11 PM



SEBUAH kompleks pemulihan baru sedang dibina di sebelah Hospital Tan Tock Seng (TTSH), dengan kemudahan khas yang direka bagi membantu pesakit pulih sedia kala kembali.

Upacara pecah tanah Hab Jagaan Bersepadu itu - yang dijadual dibuka pada 2022 - dijalankan pada pagi Selasa.

Kompleks itu akan mempunyai 500 katil, dengan satu perlima daripadanya digunakan oleh Hospis Dover Park untuk menjaga mereka yang mengalami sakit membawa maut. Ruang selebihnya akan digunakan untuk menyediakan penjagaan sub-akut dan pemulihan.

Hab itu cabang pemulihan pembangunan HealthCity Novena seluas 17 hektar, yang juga merangkumi Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dan kampus sekolah perubatan Lee Kong Chian.

"Hab Jagaan Bersepadu akan menyediakan sambungan penting antara hospital akut dan penjagaan masyarakat," kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Amy Khor, di upacara pecah tanah itu.

Beliau menambah bahawa TTSH akan mengalihkan perkhidmatan pemulihan sedia adanya - termasuk yang kini terletak di Ang Mo Kio, di luar tapaknya - ke pusat baru itu apabila ia siap.

Sebagai sebahagian daripada fokus pada pemulihan, hab baru itu akan mempunyai persekitaran olok-olok seperti perhentian bas atau rumah untuk membantu pesakit berlatih menjalani kehidupan tanpa bantuan.

Turut dijalankan pada Selasa ialah upacara pembinaan tingkat tertinggi Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit dan Pusat bagi Inovasi Jagaan Kesihatan Ng Teng Fong, yang kedua-dua akan dibuka secara berperingkat bermula tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >