Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Kongsi hari lahir dengan Singapura

Aug 09, 2016 | 05:30 AM



RASA bangga memang terasa setiap kali Nuur Diyaanah Mohd Effendi meraikan hari jadi pada 9 Ogos bersama teman dan keluarga, sementara warga Singapura lain menyambut Hari Kebangsaan.



Tahun ini lebih istimewa bagi Nuur Diyaanah, yang akan menyambut hari lahir ke-15 hari ini.



Sebabnya, dia akan berbaris dalam kontinjen kumpulan seragam Pandu Puteri di pentas Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura (NDP) buat kali pertama dalam hidupnya seraya meraikan hari jadi.



Nuur Diyanaah, bersama lebih 1,400 peserta lain dalam 31 kontinjen, akan menyerikan bahagian perbarisan yang menjadi titik permulaan NDP.



Menurut Nuur Diyaanah, dia secara sukarela melibatkan diri dalam NDP tahun ini kerana berharap dapat menyumbang kepada sambutan tersebut.



"Ia merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan kerana ini kali pertama saya dapat berbaris di NDP.



"Pada masa yang sama, saya menyambut hari jadi dengan berbakti kepada negara," katanya, yang sudah berlatih bersungguh-sungguh bagi mendapatkan tempat dalam perbarisan itu. Ini merupakan impian saya sejak kecil mahu menyambut hari lahir dengan berbaris di pentas.



"Berbaris dalam NDP bukan sesuatu yang mudah. Saya perlu menjalani pelbagai proses seperti sesi latihan bagi mempersiap diri agar terpilih," katanya, yang mula berlatih sejak April lalu.



Pelajar Sekolah Menengah Loyang itu berlatih setiap Sabtu dari 8 pagi hingga ke 8 malam bersama anggota kontinjen Pandu Puteri yang lain.



Ditanya tentang sambutan hari lahirnya tahun ini, Nuur Diyaanah berkata dia menyambut bersama keluarga semalam.



"Mereka gembira dan bangga kerana impian saya menjadi kenyataan.



"Namun, apa yang lebih penting dan menggembirakan ialah saya dapat menyambut hari istimewa itu dengan 55,000 orang yang hadir di Stadium Negara nanti," ujarnya.



INFOGRAFIK:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >