Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi pengalaman belajar di Australia

Feb 28, 2014 | 06:36 AM



APABILA pertama kali menjejakkan kaki di Queensland, Australia, tahun lalu, Cik Zinniratul Ain Iskandar hanya makan di sebuah kedai makan kerana tidak tahu kedai makanan halal yang lain.


Pelajar Universiti Queensland (UQ) itu juga tidak tahu di mana boleh mendapatkan daging halal.


Cik Zinniratul Ain, 23 tahun, tahu kesukaran yang boleh dihadapi pendatang baru ke Queensland. Oleh itu, beliau berharap dapat mengurangkan keraguan pelajar Muslim Singapura yang bakal melanjutkan pengajian mereka di sana.


Beliau bersama Cik Aishah Othman daripada Universiti Griffiths, Cik Siti Nurfarahdillah Abdul Razak daripada Universiti Teknologi Queensland (QUT) dan Cik Siti Halimah Mahmud, yang baru tamat pengajian di UQ, berkongsi pengalaman mereka tinggal dan belajar di sana dalam satu acara baru-baru ini.


Mereka menjawab pelbagai pertanyaan peserta dalam acara menjalin rangkaian anjuran Pelajar Muslim Singapura Luar Negara (SMSO) Queensland Chapter di Wisma Indah itu.


Mereka juga berkongsi tentang biasiswa dan dermasiswa yang boleh dimanfaatkan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Australia serta sambutan Ramadan dan Hari Raya di sana.


''Kebanyakan peserta bertanya tentang kursus ijazah sains yang ditawarkan di sana. Ada yang telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam jurusan sains di universiti di Australia.


''Mereka juga bertanya kepada anggota SMSO yang hadir di acara itu soalan khusus berkenaan taraf hidup, penginapan, makanan, kursus tertentu dan sebagainya,'' kata Cik Zinniratul Ain.


Seorang peserta, Badrul Amin Mahmud, 17 tahun, berkata beliau menghadiri acara itu kerana ingin mendengar pengalaman pelajar Muslim Singapura yang pernah dan sedang belajar di Queensland.


''Saya ingin tahu lebih lanjut tentang budaya warga tempatannya, dan jika saya melanjutkan pengajian di sana, apakah cabaran yang bakal saya hadapi.


''Saya juga mahu tahu apakah sekitaran di sana sesuai dengan saya,'' kata bekas pelajar Sekolah Menengah Tanjong Katong itu, yang sedang menanti memasuki maktab rendah.


Anak pasangan suri rumah dan penolong pengarah itu juga terdorong mengikut jejak dua kakaknya yang pernah menuntut di UQ.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >