FLAT Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baru kini akan dilengkapi dengan dapur terbuka, bermula dengan pelancaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) bulan ini.
Ini bermakna tembok yang memisahkan dapur dengan kawasan ruang tamu flat tidak akan ditawarkan lagi di bawah Skim Komponen Pilihan.
Skim itu membolehkan pembeli flat membayar bagi ciri-ciri tambahan seperti kemasan lantai, kelengkapan tandas dan pintu bilik tidur.
Bagi penjualan flat BTO Ogos lalu, kos tembok yang memisahkan dapur dengan kawasan ruang tamu ialah antara $370 dengan $710 bagi setiap unit.
HDB mengumumkan langkah baru itu dalam satu kenyataan hari ini (4 Feb).