Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suruhanjaya Siasatan (COI) Rusuhan di Little India

Konstabel: Tidak selamat untuk berkas perusuh

Feb 25, 2014 | 04:22 PM



SEORANG pegawai polis tambahan yang berada di tempat kejadian rusuhan di Little India Disember lalu telah memberkas empat lelaki sebelum sekumpulan pekerja asing mula membakar kenderaan milik agensi pemerintah.


Namun, Konstabel Srisivasangkar Subramaniam disuruh berhenti berbuat demikian oleh penyelianya.


Beliau memberi keterangan pada hari kelima sidang Jawatankuasa Siasatan (COI) mengenai rusuhan itu di mahkamah tadi.


Rusuhan itu tercetus selepas sebuah nahas jalan raya melibatkan sebuah bas, yang meragut nyawa seorang pekerja binaan warga India, Encik Sakthivel Kumaravelu, 33 tahun.


Menurut Konstabel Siva, beliau memberkas empat lelaki yang melontar botol dengan mencekup mereka satu demi satu sebelum menyerahkan mereka kepada sekumpulan pegawai polis di Race Course Road.


"Selepas menyerahkan lelaki keempat, penyelia lapangan saya menyatakan tindakan saya itu berani tetapi berbahaya dan menyuruh saya berhenti.


"Katanya, saya tidak sepatutnya memberkas mereka kerana dua pegawai yang melindungi saya tiada di situ (untuk menjadi saksi atas tindakan saya), dan adalah tidak selamat untuk saya memberkas lebih ramai orang," ujarnya.


Pegawai polis kanan pertama untuk tiba di tempat kejadian, Penolong Superintenden (ASP) Jonathan Tang, turut tampil untuk memberi keterangan semasa sidang COI semalam.


ASP Tang berkata, beliau tidak segera memberkas sesiapa kerana misinya ketika itu adalah untuk membentuk sekatan manusia (human barrier).


Sekatan yang dibentuknya bersama lima pegawai lain itu bertujuan memberi ruang dan masa kepada penyelamat untuk mengeluarkan tubuh mendiang dari bawah bas yang melanggarnya serta memastikan keselamatan penjaga masa dan pemandu bas, yang merupakan sasaran perusuh.


"Tanpa sekatan manusia itu, tak mungkin tubuh mendiang dapat dikeluarkan... dan orang ramai boleh mendekati tubuh itu dan siapa tahu apa yang boleh berlaku selepas itu," kata ASP Tang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >