Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koroner minta lebih banyak kenyataan daripada keluarga Benjamin

May 19, 2016 | 08:16 AM



SIASATAN dua hari ke dalam kematian pelajar berusia 14 tahun, Benjamin Lim, ditutup pada Khamis (18 Mei) dengan Koroner Negara Marvin Bay menonjolkan percanggahan dalam keterangan, misalnya siapa membuat keputusan tidak membenarkan pelajar itu menyertai satu perkhemahan sekolah.

Meminta kenyataan seterusnya diambil daripada ibu dan adik pelajar itu, beliau berkata adalah penting "jurang" tersebut diisi.

Isu itu menjadi satu persoalan antara ibu bapa Benjamin dan pihak sekolah.

Selepas perbualan beliau dengan kaunselor sekolah, ibu Benjamin berkata kepada anaknya bahawa dia tidak akan menyertai perkhemahan itu pada esoknya.

Beberapa minit kemudian, Benjamin ditemui mati di kaki blok mereka di Yishun. Ini berlaku pada 26 Jan, beberapa jam selepas pelajar Sekolah Menengah North View itu ditangkap kerana didakwa mencabul kehormatan seorang budak perempuan berusia 11 tahun di dalam lif.

Kaunselor sekolah, Cik Karry Lung, berkata beliau memberitahu Cik Lim sekolah mencadangkan Benjamin tidak menyertai perkhemahan itu, tetapi ibunya berkata beliau hanya diberitahu Benjamin tidak akan menyertai perkhemahan itu.

Nama keluarga Benjamin tidak boleh disiarkan atas perintah koroner.

Siasatan koroner akan disambung pada Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >