Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koroner: Pegawai teknikal SMRT maut terkena objek seberat 5kg

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pegawai teknikal SMRT yang maut semasa bekerja di Depoh Bishan pada Mac tahun lalu telah terkena sebuah objek seberat lima kilogram yang tercampak keluar dari sebuah peralatan berat.



Dalam satu siasatan koroner mengenai kematian Encik Muhammad Afiq Senawi semalam, mahkamah diberitahu bahawa Allahyarham sedang mengendali mesin tekan hidraulik apabila satu bahagian mesin itu, rod spacer, terpelanting keluar dan terkena mukanya.



Mesin tekan hidraulik digunakan untuk tujuan industri dan kuasanya boleh menghancurkan kereta.



Tampil sebagai saksi pertama, Staf Sarjan Amirudin Nordin, yang merupakan pegawai siasatan kes itu, berkata Encik Afiq sedang mengendali mesin di Rolling Stock Workshop, dengan beliau dibantu seorang rakan kerja pada 23 Mac 2020, lapor The Straits Times.



Encik Afiq telah ke ruang kerja itu setelah satu taklimat keselamatan pagi itu, dan rakan kerjanya itu tiba di sana kemudian.



Rakannya itu tidak memeriksa dengan Encik Afiq jika beliau telah melakukan pemeriksaan keselamatan, sedang beliau fikir Allahyarham telah melakukannya.



Mereka kemudian memerhatikan ada yang tidak kena dengan sebuah komponen mesin itu dan menghentikannya.



Staf Sarjan Amirudin berkata, menurut rakan kerja Encik Afiq itu, beliau telah menoleh ke arah lain untuk memeriksa sesuatu apabila beliau mendengar mesin itu beroperasi lagi.



Beliau kemudian mendengar bunyi yang kuat, dan melihat lubang di pagar yang mengelilingi mesin itu dengan sebuah batang rod dilihat di atas lantai.



Beliau juga melihat Encik Afiq rebah ke belakang.



Darah mula mengalir keluar dari mulut Encik Afiq, dan seorang lagi rakan kerja menarik keluar lidahnya untuk menghalangnya daripada tercekik.



Encik Afiq kemudian diberi bantuan pernafasan kecemasan sebelum ambulans tiba dan membawanya ke Hospital Tan Tock Seng.



Beliau disahkan meninggal dunia kemudian.



Satu laporan autopsi mengesahkan kecederaan di muka dan dada sebagai akibat kematian.



Satu laporan perubatan daripada jabatan kecemasan menunjukkan bahawa satu objek seberat lima kilogram telah tercampak ke muka Allahyarham.



Staf Sarjan Amirudin memberitahu mahkamah bahawa siasatan menunjukkan bahawa rod spacer dalam mesin tekan hidraulik itu telah terpelanting, menembusi pagar dan terkena muka Encik Afiq.



Siasatan tidak mendapati salah laku, katanya.



Staf Sarjan Amirudin juga menjelaskan bahawa pagar itu bertujuan menghalang pekerja daripada meletakkan tangan mereka di mesin itu, dan tidak bertujuan melindungi mereka daripada objek tercampak keluar.



Tunang Encik Afiq serta adik beradiknya menghadiri siasatan koroner itu semalam.



Ia ditangguh hingga 22 Mac, dengan seorang pegawai Kementerian Tenaga Manusia dijangka tampil sebagai saksi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >