Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koroner putuskan kematian pesilat nasional Nurshahrin 'tragedi malang' akibat dadah

Oct 28, 2015 | 03:19 PM



KORONER Negara, Encik Marvin Bay, pada Selasa (27 kt) menyifatkan kematian pesilat nasional Allahyarham Muhammad Nurshahrin Shahrudin pada 14 Mac lalu sebagai "tragedi malang".


Kematian Allahyarham, kata beliau, ialah "kisah amaran sedih tentang bahaya menggabungkan ubat-ubatan untuk mendapatkan kesan narkotik, dan lalai daripada potensi campuran itu menyebabkan kecederaan tubuh badan teruk, malah kematian".


Pada hari itu, bapa Allahyarham, 21 tahun, cuba mengejutkannya daripada tidur tetapi beliau tidak respons.


Bapa Allahyarham cuba memberi bantuan pernafasan tetapi tidak dapat melakukannya kerana mulutnya terkunci.


Sebulan sebelum beliau meninggal dunia, Allahyarham, seorang anngota tentera, ditangkap kerana mencuri di kedai. Beliau didapati mempunyai pil mencurigakan dan diminta memberi contoh air kencingnya, yang kemudian didapati positif bagi Nitrazepam, sejenis pelega, serta morfin dan codeine, kedua-dua ubat penahan sakit.


Allahyarham kemudian diletak di bawah siasatan bagi penggunaan dadah oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).


Bulan itu, Allahyarham memberitahu rakannya di Kem Nee Soon bahawa beliau mula mengambil dadah semasa belajar di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), dan beliau pernah menjadi pengedar dadah.


Beliau juga mengakui masih mengambil dadah sekali-sekala.


Sehari sebelum meninggal dunia, dua rakan askarnya nampak beliau dengan beberapa pil. Seorang daripada mereka melihat tiga pil kecil dan sebotol ubat dalam beg plastik kecil berwarna merah miliknya, manakala yang lain melihat satu pil putih dalam beg plastik kecil putih.


Apabila disoal, Allahyarham berkata beliau sakit.


Seorang pakar patologi forensik mendapati dalam tubuh beliau lapan aneka dadah dan bahan lain yang jika diambil secara tersendiri tidak akan membawa maut.


Bagaimanapun secara gabungan, dadah-dadah itu menyebabkan kematiannya akibat "kemabukan daripada campuran dadah".


Koroner tidak mendapati sebarang perbuatan khianat atau niat bunuh diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >