Kos kerja peningkatan elektrik blok HDB hampir $1 bilion

HAMPIR 2,400 blok HDB telah dipertingkatkan sejak 1995 bagi membolehkan rakyat Singapura menjalani gaya hidup moden yang menggunakan kuasa elektrik lebih tinggi, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan.

Lagi 4,000 blok akan dipertingkatkan tidak lama lagi, kata beliau dalam blognya yang disiarkan tadi.

Menurutnya, sejauh ini HDB telah membelanjakan hampir $1 bilion untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.

"Teknologi telah mengubah gaya hidup kita. Kebanyakan rumah hari ini, tidak seperti masa-masa lalu, mempunyai telefon bimbit, tablet, komputer peribadi, TV dan alat hawa dingin.

"Alat-alat ini telah meningkatkan mutu kehidupan kita, tetapi ia juga telah meningkatkan pengunaan elektrik di rumah-rumah," kata beliau.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.