Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kreativiti, waspada diperlukan MAS tangani cabaran baru: PM Lee

Cabaran baru termasuk teknologi mengganggu dan peralihan ke ekonomi rendah karbon
Oct 08, 2021 | 05:30 AM



PENDEKATAN Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang menggabungkan kreativiti dengan waspada, dan kerjasama rapat dengan rakan industri dan sektor awam, telah memberikan hasil ekonomi dan kewangan bagi Singapura, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.



Berucap di majlis Malam Penghargaan Rakan Ulang Tahun Ke-50 MAS semalam, Encik Lee berkata gabungan kreativiti dengan waspada itu sekali lagi diperlukan sedang bank pusat itu menangani cabaran baru seperti teknologi mengganggu dan peralihan ke ekonomi rendah karbon.



Memberi contoh pendekatan kreativiti dengan waspada yang digunakan MAS itu, Encik Lee menyebut tentang Pasaran Dolar Asia yang dilancarkan pada 1968 - sebelum MAS ditubuhkan - bagi merapatkan jurang dalam pasaran sejagat dan juga membiayai perkembangan rantau ini.



Apabila MAS ditubuh pada 1971, ia bekerjasama dengan industri dan Kementerian Kewangan (MOF) untuk mempromosi perdagangan mata wang asing di luar Singapura.



Demi mengelakkan aliran dana ke dalam Pasaran Dolar Asia daripada menggangu pengurusan kewangan domestik, MAS mencipta Unit Mata Wang Asia (ACU), iaitu akaun tempahan baru untuk membolehkan bank menerima deposit dan pinjaman dalam dolar bukan Singapura.



MAS secara berperingkat memansuhkan kawalan pertukaran asing dan memperluas skop operasi ACU dalam dekad seterusnya, dan akhirnya, semua kawalan pertukaran dihapuskan yang membolehkan penduduk dan korporat di sini melakukan urus niaga dalam semua mata wang tanpa had.



"Pasaran Dolar Asia meletakkan Singapura dalam peta kewangan sejagat. Inilah percikan yang memicu pertumbuhan Singapura sebagai sebuah pusat kewangan serantau dan antarabangsa.



"Hari ini, dengan aset keseluruhan dalam Pasaran Dolar Asia melebihi AS$1.4 trilion ($1.9 trilion), Singapura adalah pusat pertukaran asing ketiga yang terbesar di dunia selepas London dan New York," kata beliau.



Satu lagi contoh ialah apabila MAS mengorak langkah menjadikan Singapura sebuah pusat kewangan bijak.



Ia merupakan antara badan kawal selia kewangan terawal di dunia untuk mempromosi teknologi kewangan, dan meletakkan asas bagi pusat kewangan maju secara digital.



MAS bekerja rapat dengan industri kewangan, masyarakat teknologi kewangan, institut pengajian tinggi dan pemerintah.



Antaranya, ia melancarkan FinTech Regulatory Sandbox pada 2016 untuk menguji teknologi dan model perniagaan baru dengan pantas, dalam batas yang ditentukan, untuk mengelakkan risiko terlimpah ke dalam sistem kewangan lebih luas.



Selain itu, MAS menyediakan panduan kawal selia awal mengenai bidang baru seperti pengkomputeran awan, penasihat robot dan token pembayaran digital.



Memandang ke hadapan, Encik Lee berkata gabungan kreativiti dan waspada itu diperlukan bagi cabaran baru, seperti teknologi mengganggu, model perniagaan baru seperti penggunaan aset kripto, dan perubahan iklim serta peralihan ke ekonomi rendah karbon.



"MAS sekali lagi akan memerlukan gabungan optimum kreativiti dan waspada sedang ia menangani cabaran ini, dan mewujudkan peluang baru bagi sektor kewangan dan ekonomi kita.



"Contoh-contoh ini juga mengingatkan kita bahawa di sebalik kejayaan MAS adalah sebuah kisah kerjasama dan kepercayaan, yang dijalin dengan industri dan pihak berkepentingan selama 50 tahun lalu. Kerjasama dan kepercayaan ini akan menjadi lebih penting dan relevan daripada sebelumnya," kata beliau.




“Pasaran Dolar Asia meletakkan Singapura dalam peta kewangan sejagat. Inilah percikan yang memicu pertumbuhan Singapura sebagai sebuah pusat kewangan serantau dan antarabangsa. Hari ini, dengan aset keseluruhan dalam Pasaran Dolar Asia melebihi AS$1.4 trilion ($1.03 trilion), Singapura adalah pusat pertukaran asing ketiga yang terbesar selepas London dan New York.”
– Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >