Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kredit bagi ahli ActiveSG tidak aktif luput pada 31 Dis

Nov 30, 2016 | 12:27 PM



JIKA anda belum menggunakan dolar ActiveSG anda, anda mempunyai satu bulan untuk melanjutkan kredit $100 itu selama setahun lagi.



ActiveSG dilancarkan pada April 2014 bagi menggalak lebih ramai rakyat dan penduduk tetap mengamalkan gaya hidup sihat.



Menurut angka Mac 2016, terdapat 1,011,529 ahli ActiveSG.



Semua anggota, apabila mendaftar, layak mendapat kredit $100 ActiveSG. Lebih daripada dua pertiga ahli telah menggunakan kredit percuma mereka.



Kredit boleh digunakan di kemudahan Sport Singapore, termasuk kolam renang dan gimnasium. Ia juga boleh digunakan untuk menempah kemudahan sukan dan membayar sebahagiannya bagi program dan kegiatan ActiveSG.



Bagi ahli yang mendaftar tetapi tidak menggunakan kredit mereka, ia luput akhir tahun ini.



Tetapi mereka boleh melanjutkan kesahan dolar ActiveSG mereka dengan melakukan transaksi di laman web atau app ActiveSG.



Bulan ini, ahli menerima e-mel yang mengingatkan mereka agar menggunakan dolar ActiveSG mereka.



"Kami menggalak anda supaya terus aktif dan menggunakan sepenuhnya Dolar ActiveSG anda. Cubalah melakukan sembarang transaksi web atau aplikasi, atau imbas masuk ke mana-mana 26 kompleks renang dan 16 gimnasium di seluruh pulau hari ini untuk melanjutkan kesahannya," kata e-mel tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >