Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN PENAHANAN ISA

Kronologi penahanan Muhammad Irfan

Feb 03, 2023 | 05:30 AM



2020: Irfan mula terpengaruh dengan unsur radikal selepas menonton pelbagai video di YouTube oleh pendakwah ekstrem Zakir Naik dan mentornya, Ahmad Deedat. Ahmad Deedat merupakan pendakwah dari Afrika Selatan yang dilarang memasuki Singapura sejak 1982 selepas menyatakan perkara berbaur kaum di sini yang mana antara lain, dia menggesa orang Muslim tempatan agar bersifat ganas terhadap masyarakat agama lain. Irfan menyertai perbincangan dalam pelbagai platform media sosial dan terdedah kepada propaganda kumpulan Pengganas Negeri Islam Iraq dan Syria (ISIS).



LEWAT 2021: Irfan bina minat terhadap ISIS dan mula mengambil gambar dirinya sendiri dengan memakai pembalut penutup muka ski, dengan mengangkat jarinya untuk meniru perbuatan pejuang ISIS dalam talian. Dia telah memupuk kepada dirinya hasrat untuk tinggal di sebuah pemerintahan khalifah dan ingin membangunkan pemerintahan sebegitu di Singapura dan merekrut orang Muslim menyertainya. Dia percaya ia adalah satu kewajipan agama untuk menyebarkan ideologi ISIS.



9 OGOS 2022: Irfan membuat lawatan ke Pulau Coney dan memasang satu bendera yang dibuat dan direka sendiri yang memaparkan ciri-ciri berlandaskan Hayat Tahrir al-Sham, kumpulan pengganas di Syria yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda. Dia kenal lokasi itu kerana pernah pergi ke situ dengan menaiki basikal. Dia berkata tindakannya itu melambangkan permulaan pemerintahan khalifahnya tersendiri pada Hari Kebangsaan Singapura tahun itu. Dia juga memuatnaik beberapa gambar bendera itu di akaun media sosialnya pada hari yang sama, untuk menggalak individu yang berfikiran sama menyertai pemerintahan khalifahnya dinamakan "Negeri Islam Singhafura".



SEJAK OGOS 2022: Irfan beli sepucuk pisau dari kedai runcit agar dia dapat melaksanakan rancangannya untuk menikam dan membunuh "orang kafir". Dia menganggap orang bukan Muslim, pengikut Muslim Shia dan Muslim Sufi dalam golongan tersebut.



Irfan berniat melakukan satu serangan hendap di lorong-lorong gelap, mengambil barang peribadi mereka sebagai barang rampasan dari perang bagi pasukan ketenteraan ISIS-nya. Dia tidak mempunyai jadual waktu serangan itu bakal dilakukan.



OKTOBER 2022: Irfan memutuskan untuk pergi ke Nigeria agar dapat menyertai Negeri Islam Wilayah Afrika Barat (Iswap), sebab dia percaya ia merupakan kumpulan pengganas yang mempunyai ikatan paling rapat dengan ISIS. Jika dia tidak dapat menyertai mereka, dia melihat Iraq, Syria atau Marawi di Filipina selatan sebagai destinasi alternatif di mana dia dapat menyertai kegiatan pengganasan dan melaksanakan jihad.



Dia telah membuat pencarian dalam talian, penerbangan untuk pergi ke lokasi berkenaan dan merancang untuk berbuat demikian selepas mengumpul duit.



Irfan merancang menunjukkan sokongannya kepada ISIS dengan merakam satu video dia mengangkat sumpah bai'ah, iaitu sumpah taat setia kepada bekas pemimpin ISIS, Abu al-Hasan al-Hashimi al-Quraishi.



Dia merancang buat rakaman itu di Pulau Coney pada hujung minggu 12-13 November tahun lalu, dengan memakai uniform Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC) dan bendera ISIS yang dibuatnya sendiri serta pembalut sambil mengangkat sepucuk senapang mainan.



Dia berhasrat mengisytihar Pulau Coney sebagai sebuah wilayah ISIS dan merancang untuk memuat naik video itu di beberapa platform media sosial. Dia berharap dapat merekrut sebuah pasukan ketenteraan ISIS yang akan dianggotai seramai 100 hingga 500 pejuang untuk membantunya melakukan serangan di Singapura.



Irfan juga berniat melancarkan serangan yang bakal menyebabkan ramai terkorban di Kem Amoy Quee, di mana terletaknya Ibu Pejabat NCC.



Dia merupakan kadet NCC di sekolah menengah dan tahu tentang kem itu di Ang Mo Kio. Dia juga mendapat inspirasi daripada serangan bom menerusi kereta oleh ISIS yang dilihatnya dalam internet, dan ingin merekrut seorang pengebom bunuh diri agar dapat melaksanakan serangan bom di gerbang masuk kem itu.



Kemudian dia berniat memimpin pasukannya untuk menyerang pengawal di kem itu dengan menggunakan senjata seperti kapak dan pisau dan kemudian mencuri senjata api dari bilik pengawal.



Irfan juga merancang membuat serangan bom di Keramat Habib Noh, sebuah makam di masjid Haji Muhammad Salleh terletak di Palmer Road kerana dia percaya ia bukan Islam sebab kubur itu dihiasi dan tidak terletak di tanah.



Dia juga memuat turun satu buku arahan untuk membuat bom C4 dalam talian, dan ingin bina sebuah alat letupan dari rumah untuk mengebom kubur itu.



AWAL NOVEMBER 2022: Irfan ditangkap ISD beberapa hari sebelum dia merancang merakam taat setia bai'ah kepada ISIS dan mengisytiharkan Pulau Coney sebagai sebuah wilayah ISIS. ISD berkata kelmarin, ia telah menilai Irfan sebagai satu ancaman keselamatan yang bakal berlaku pada waktu terdekat.



"Dia telah menjadi radikal secara mendalam hingga dia bersedia melakukan keganasan dengan bersenjata di Singapura dan di luar negara, untuk membunuh dan mati atas nama ISIS."



Sewaktu dia ditangkap, rancangannya untuk melakukan serangan di Kem Amoy Quee dan Keramat Habib Noh belum melangkaui tahap idea, kata ISD. Siasatan jabatan itu sehingga kini mendapati Irfan bertindak seorang dan tiada tanda dia telah berjaya atau merekrut individu lain. Ahli keluarganya juga tidak sedar terhadap rancangannya untuk melakukan serangan atau niatnya untuk menyertai kegiatan pengganasan di luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >