Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kucing kesayangan semakin pulih setelah jalani pemindahan darah dek anemia

Haiwan dapat perhatian sebelum ini apabila pemilik kucing kemuka rayuan derma darah kepada pemilik kucing lain
Aug 04, 2023 | 07:02 PM



Kucing berwarna kelabu berusia empat tahun ini merupakan salah satu sumber kebahagian sebuah keluarga dua beranak.

Namun kebahagiaan itu mula pudar apabila kucing pemeliharaan mereka itu bernama Rizqi tiba-tiba sakit teruk baru-baru ini.

Rizqi, seekor kucing jenis Scottish Fold disahkan menghidap anemia atau kekurangan darah peringkat kritikal hingga memerlukan pemindahan darah.

Namun, berkat pemindahan darah yang diterima, pemilik Rizqi, Encik Amir Haikel, 28 tahun, berkata keadaan kucingnya itu kini sudah semakin pulih.

Awal dari itu, seorang saudara keluarga tersebut, Encik Irwan Salim, berkata Rizqi telah menjalani pemindahan darah pada 3 Ogos selepas keluarga itu merayu bantuan derma darah seekor lagi kucing.

Dalam satu catatan di Instagram, keluarga itu meminta agar pemilik kucing – yang sesuai – dapat tampil untuk mendermakan darah kucing mereka.

Antara kriteria yang perlu dipenuhi adalah kucing penderma darah harus berusia satu hingga lima tahun, sudah divaksinasi dan mempunyai darah Jenis A.

Apabila dihubungi Berita Harian (BH), Encik Irwan, 29 tahun, berkata Rizqi mulai demam panas sejak 29 Julai.


Selepas menerima rawatan daripada doktor haiwan, Rizqi disahkan mempunyai sel darah merah yang berada di paras rendah yang kritikal – menjunam kepada 13 hingga 20 peratus.

Ia menerima pemindahan darah menerusi seekor kucing milik temannya.

Dalam wawancara awal dengan BH sebelum ini, Encik Irwan berkata mereka mungkin memerlukan seekor lagi kucing yang boleh dijadikan penderma darah sebagai langkah berjaga.

“Kami sedang mencari seekor lagi kucing yang sesuai sebagai penderma. Ini sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

“Sejak Sabtu (29 Julai), keadaan Rizqi bertambah teruk. Jika Rizqi tidak dapat diselamatkan, kami sedang bersiap sedia mengucapkan selamat tinggal kepadanya.”

Menurut laman MSD Manual yang memberi panduan terhadap jagaan haiwan pemeliharaan, anemia dalam kalangan kucing berlaku apabila jumlah sel darah merah merosot.

Antara puncanya termasuk jangkitan, penggunaan ubat yang tidak sesuai, penyakit genetik atau pun barah antara lain, kata laman itu berdasarkan kajian doktor dari Jabatan Sains Klinikal, Kolej Perubatan Haiwan, Universiti North Carolina.

Tambahnya, anemia yang berlaku secara serta-merta boleh menyebabkan kejutan atau kematian jika haiwan itu kehilangan lebih daripada sepertiga jumlah darah tanpa diganti.

Selepas paras darah itu menjunam, kucing tersebut akan kelihatan lemah, gusinya menjadi pucat dan mengalami dentuman jantung pantas, serta paras tekanan darah rendah.







Encik Amir berkata beliau dan ibunya akan melakukan apa sahaja untuk merawat Rizqi agar ia pulih sepenuhnya.

“Rizqi sudah menjadi ahli keluarga kami dan kami sangat sayang kepadanya,” kata anak tunggal itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >