Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuiz Belanjawan dilancar Kementerian Kewangan

Jan 17, 2023 | 05:30 AM



BERAPA ramai penumpang berupaya ditampung Terminal 5 Lapangan Terbang Changi Setiap tahun?



Adakah anda layak menerima skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS)?



Dan apa kadar tertinggi tambang pendaftaran kereta tambahan sekarang?



Jika anda tahu jawapan kepada soalan-soalan seperti ini, anda mungkin berminat menyertai Kuiz Belanjawan Ke-13 dalam talian dilancarkan Kementerian Kewangan semalam.



Kuiz itu bermatlamat mempertingkat pengetahuan warga Singapura terhadap dasar utama negara serta proses merancang Belanjawan sebelum kenyataannya dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 14 Februari.



Peserta yang menyelesaikan kuiz itu dan berdaftar bagi cabutan terakhir berupaya memenangi beberapa hadiah. MOF belum lagi mendedahkan butiran lanjut mengenai hadiah itu.



Dari sekarang hingga 3 Februari, orang ramai boleh melungsuri laman www.singaporebudget.gov.sg untuk menyertai quiz itu yang mempunyai 10 soalan pelbagai pilihan.



Setiap peserta tidak terhad membuat percubaan kuiz itu berulang kali namun hanya boleh membuat pendaftaran cabutan tersebut sekali sahaja.



Pemenang akan diumumkan pada 10 Februari di laman Belanjawan MOF. Mereka juga akan menerima notifikasi e-mel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >