Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu kukuh kerjasama ekonomi, hubungan rakyat sempena lawatan ke Kelantan, Terengganu: Maliki

Apr 15, 2023 | 08:14 PM



MENGUKUHKAN kerjasama dari sudut ekonomi selain hubungan antara rakyat, serta menawarkan sokongan dalam pembangunan kapasiti.


Itulah antara yang diharap Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, semasa lawatannya ke Kelantan dan Terengganu mulai Sabtu hingga Rabu (15-19 April).


Ini merupakan lawatan pertamanya ke dua negeri di Malaysia itu sejak memegang jawatan dalam Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 2015.


Semasa ditemui wartawan di Kuala Lumpur sementara menantikan pesawat ke Kelantan, Dr Maliki berkata hubungan dengan Malaysia amat penting dan dilanjutkan kepada beberapa aspek termasuk kerjasama ekonomi, dan hubungan sosial.


“Hubungan kami bukan sekadar di peringkat Singapura dengan Kuala Lumpur sahaja, bahkan  semasa pra-Covid kami sentiasa berusaha untuk mendekati negeri-negeri di Malaysia.


“Ia meliputi peluang untuk kolaborasi yang boleh dijalin di peringkat negeri juga,” katanya yang pernah ke Selangor, dan Negeri Sembilan sebelum Covid-19 melanda.


Dalam satu kenyataan pada Sabtu, MFA berkata lawatan tersebut adalah  sebahagian usaha Singapura untuk mengukuhkan hubungan berpanjangan dengan negeri-negeri di Malaysia sera meneroka bidang baru kerjasama.


Dr Maliki dijadual bertemu dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, serta Tengku Mahkota Kelantan, Dr Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra.


Dr Maliki juga dijadual  bertemu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, selain  pemimpin lain dari kededua negeri.


Selain bertemu  pegawai kerajaan, beliau juga akan bertemu dan bergaul dengan penuntut tempatan dari Universiti Malaysia Terengganu.


Dr Maliki ditemani  pegawai MFA sepanjang lawatannya itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >