Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Kumpul dana berbasikal bantu bekas penagih

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



CIK Syamlia Sri Dewi bukan seorang peminat sukan berbasikal serius, bahkan juga tidak mempunyai basikal dan peralatan terkini untuk mengayuh sekeliling pulau.



Namun bekas penagih dadah itu berkata beliau lebih daripada sedia untuk mengatasi koridor rel esok dengan basikal "makcik" demi menyokong usaha cegah dadah.



Ibu tiga anak berusia 36 tahun itu juga seorang pemimpin Peer bersama Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana), sebuah program kaunseling bagi membantu bekas pesalah dalam proses pemulihan.



Menurut Cik Syamlia, beliau turut menyertai acara Cycle For A Good Cause 2022 anjuran Sana itu demi keluarganya.



"Saya ingin menunjukkan anak-anak saya bahawa saya berkomited menjauhi diri saya daripada dadah dengan melakukan kegiatan yang sihat bahkan bermanfaat untuk masyarakat kita," tegasnya ketika ditemui Berita Harian baru-baru ini.



Cik Syamlia, yang melalui latihan pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) pada 2018, adalah antara lebih 50 peserta yang dijangka mengayuh basikal dari Spooner Road ke tapak Stesen Keretapi Bukit Timah sebagai sebahagian usaha Sana mengumpul dana bagi menyokong khidmat yang ditawar kepada bekas pesalah.



Acara itu, adalah sebuah acara berbasikal setiap bulan, yang mana edisi pertamanya dilancar Jun lalu.



Pengarah Eksekutif Sana, Encik Chua Chee Wai dalam satu sidang media berkata, kegiatan sukan telah terbukti membantu individu yang sedang memulih mengatasi ketagihan.



Beliau merujuk satu kajian perintis melibatkan 38 peserta di Denmark pada 2010 yang diterbit Perpustakaan Nasional bagi Perubatan Amerika Syarikat.



"Ia didapati 25 peratus peserta telah menjauhi diri daripada penyalahgunaan dadah, manakala lagi 50 peratus telah mengurangkan pengambilan dadah mereka," katanya.



"Sama seperti yang dibuktikan bahawa pengaruh oleh teman boleh menyumbang kepada perjalanan pemulihan seorang bekas penagih menerusi bimbingan dan pementoran, ia juga didapati, bekas pesalah dalam proses pemulihan yang telah menjalani pementoran kemungkinan jatuh kepada tabiat lama mereka lagi."



Oleh itu, tambahnya, Sana memerlukan sebanyaknya sokongan oleh orang ramai bagi acara berkenaan.



Orang ramai diajak menyertai acara berbasikal yang diadakan secara santai itu demi memperluas usaha pengumpulan dana mereka.



Antara lain, dana yang dikumpul akan menyokong khidmat yang ditawar Sana seperti khidmat kaunseling, mengaturkan bantuan kewangan, pekerjaan dan sokongan sosial serta peguaman kepada bekas penagih dan keluarga mereka, serta khidmat memadam tatu profesional yang bersubsidi.



Cik Syamlia yang menyertai sebagai pemimpin peer dalam Sana sejak tiga tahun lalu berkata, usaha mendekati dan membimbing bekas penagih ke arah pemulihan penting kerana ia satu ruang untuk mereka berkongsi cabaran dan tekanan mereka hadapi.



"Mereka yang pernah lalui perjalanan (penyalahgunaan dadah) ini akan tahu betapa pentingnya mereka menerima sokongan daripada teman yang memahami mereka," kata Cik Syamlia.



Beliau, yang terjebak dalam kancah dadah pada usia 22 tahun kerana terpengaruh teman kerja untuk mencuba dadah 'Ice' atau methamphetamine, juga berkata, beliau bertugas sebagai pemimpin Peer kerana mahu meluangkan masa dengan bermakna.



Beliau berharap, menerusi sesi temubual dan perkongsian kisah lamanya itu, beliau dapat mengingatkan bekas penagih lain mereka mempunyai peluang untuk mengubah masa depan mereka dan tidak mengecewakan orang tersayang di sekeliling mereka.



Cik Syamlia juga ingin mengingatkan belia supaya tidak mudah terikut pengaruh teman-teman.



"Dadah bukan sesuatu yang anda seharusnya bersikap ingin tahu terhadapnya kerana ia berupaya merosakkan kehidupan dan masa depan anda.



"Sebaiknya kita harus melihat orang tersayang di keliling kita supaya kita sentiasa mengenang jasa budi mereka dan mengingatkan diri bahawa kami bakal kehilangan mereka jika kami mengambil dadah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >