KUMPULAN-KUMPULAN berkepentingan akan ditubuhkan di kesemua 87 kawasan undi di serata negara agar dapat membantu penduduk memahami dengan lebih baik isu sensitif berkaitan budaya dan pelbagai amalan serta kepercayaan di Singapura.
Ia merupakan suatu inisiatif Persatuan Rakyat (PA), dan ia bertujuan menggalak interaksi dan mengukuhkan hubungan antara penduduk agar dapat mengurangkan salah faham.