Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan hurai kes Mobile Air terima Sijil Pujian Pesuruhjaya Polis

Jun 29, 2016 | 05:30 AM



SEKUMPULAN polis daripada Balai Polis Central semalam diiktiraf atas usaha mereka menyelesaikan kes tipu pelanggan berprofil tinggi di Sim Lim Square.



Selain menghadapi cabaran bekerjasama dengan warga asing dan pekerja asing di sini, mereka juga perlu mendapatkan nasihat daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).



Ini kerana kes itu melibatkan isu yang samar iaitu di antara pelanggaran perjanjian dengan penipuan.



Pada 2014, kedai elektronik Mobile Air di Sim Lim Square yang tidak lagi beroperasi menjadi bahan bualan apabila sebuah video yang memaparkan seorang pelancong Vietnam merayu kepada pekerja di kedai tersebut supaya memulangkan wangnya menjadi viral.



Tahun lalu, pemilik kedai itu, Jover Chew, dijatuhi hukuman penjara 33 bulan dan didenda $2,000 setelah didapati bersalah menipu pelanggan dan kelakuan menghina.



Namun, ketua kumpulan penyiasat dalam kes itu, Superintenden Aileen Yap, berkata usaha menyelesaikan kes itu mengambil proses yang agak lama.



Mereka mendapat lebih 100 laporan mengenai kedai itu, yang dikatakan terlibat dalam amalan jualan tidak jujur pada 2014, namun hanya 26 pertuduhan menipu dikenakan ke atas Chew.



Bagi Superintenden Yap, proses mengumpulkan bukti merumitkan dengan ada di kalangan mangsa yang terlibat sudah pulang ke negara asal mereka.



Pasukan itu juga menghadapi masalah bahasa iaitu semasa berhubungan dengan mangsa seperti pekerja Bangladesh di sini.



Superintenden Yap gembira setelah penyelesaian kes itu, "tiada kes sama dilaporkan" di Sim Lim Square, People's Park Complex dan Lucky Plaza hingga hari ini.



Kumpulan 22 anggota polis itu diberi Sijil Pujian Pesuruhjaya Polis di Majlis Penghargaan Pesuruhjaya Polis 2016, Pasukan Polis Singapura (SPF) di Akademi Home Team, semalam.



Secara keseluruhan, 154 anugerah individu, 211 anugerah berpasukan dan empat anugerah pujian khas diberi oleh Pesuruhjaya Polis (CP) Singapura Hoong Wee Teck dalam upacara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >