Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan ibu tunggal bantu golongan senasib

Jul 02, 2016 | 09:28 PM



JERIH PAYAH mencari tempat berteduh dan terpaksa berkongsi flat tumpangan dengan keluarga yang tidak dikenali pernah diharungi Cik Anggun Aidahwati Akram ketika dilanda badai rumah tangga, lima tahun lalu.

Terbiar tidur di taman dalam keadaan buntu sehingga terpaksa memberikan bayinya minuman bergas dan bukannya susu kerana dihimpit masalah kewangan pula detik mencabar buat Cik Norsiah Samat ketika bergelar ibu tunggal.

Bagaimanapun Cik Anggun Aidahwati, 37 tahun dan Cik Norsiah, 43 tahun, tidak pernah menyerah kalah kerana yakin setiap ujian ada hikmahnya.

Mereka berdiri teguh demi anak-anak yang ramai bahkan kini sudah menemui cahaya di hujung pelangi dengan menawarkan khidmat kemasyarakatan buat ibu tunggal lain.

Cik Anggun Aidahwati yang mempunyai lima anak daripada perkahwinan pertamanya yang menemui kegagalan membangun pertubuhan tidak mengaup keuntungan, Wondrously Woman GEM yang fokus pada usaha membantu ibu tunggal berdikari menerusi program keusahawanan sosial.

Dalam urusannya sebagai usahawan produk kecantikan dalam talian, beliau yang sudah berumah tangga buat kali kedua, bertemu dengan Cik Norsiah bahkan mampu menyuntik keyakinan diri wanita 11 anak itu.

"Saya fahami erti kesusahan seorang ibu tunggal kerana sudah menempuhi hidup penuh dugaan dengan kecaman sesetengah masyarakat mengenai status seorang janda.

"Tapi apabila melihat ada ibu tunggal yang lebih malang nasibnya sehingga perlu menumpang tidur di tepi tong sampah atau curi-curi tidur di pusat beli-belah, saya terdorong melakukan sesuatu demi memperkasa ibu tunggal," kata Cik Anggun Aidahwati.

Sependapat dengannya, Cik Norsiah yang sedang melalui proses perceraian kedua pula menambah:

"Wondrously Woman GEM ini memberikan harapan banyak perkara positif yang boleh diraih ibu tunggal demi masa depan lebih cerah. Kami ingin jadi wadah berkongsi kerana kami memahami kerana pernah melalui."

Selain Wondrously Woman GEM yang bermula secara kecil-kecilan sebagai sandaran 20 ibu tunggal, wujud kumpulan sokongan ibu tunggal, Project Khadijah yang digerakkan karyawan muda, Cik Nur Khairah Abdul Rahim dan tiga temannya.

Kumpulan ini juga komited dalam usaha memadankan ibu tunggal dengan pekerjaan tetap mahupun secara ad hoc bagi membantu mereka berdikari.

Laporan lanjut Berita Minggu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >