Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan pertama pelajar kejuruteraan NTU lancar dana endowmen

Penghargaan untuk mendiang Profesor Emeritus Chen Charng Ning, dekan pengasas Sekolah Kejuruteraan Sivil dan Struktur universiti itu
Dec 31, 2020 | 05:30 AM



KUMPULAN pertama pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dari tahun 1985, melancarkan satu dana endowmen semalam sebagai memperingati mendiang Profesor Emeritus Chen Charng Ning.



Profesor Chen yang juga dekan pengasas Sekolah Kejuruteraan Sivil dan Struktur NTU ketika itu, meninggal dunia di usia 80 tahun pada 30 November tahun lalu.



Mendiang juga merupakan Timbalan Presiden universiti tersebut, pengerusi pengasas Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) serta pengerusi lembaga Santarli Holdings.



Menurut mantan Anggota Parlimen (AP) Lee Bee Wah, sayap binaan Santarli Holdings menawarkan dana permulaan $1 juta tanpa teragak-agak.



Beliau mempengerusikan bersama jawatankuasa dana endowmen itu bersama seorang lagi mantan AP, Encik Inderjit Singh.



Kedua-dua mereka daripada kohort pelajar kejuruteraan tahun 1985 universiti itu.



Dana tersebut bertujuan memberi biasisa bernilai hingga $15,000 dan dermasiswa hingga $10,000 setahun kepada pelajar kejuruteraan daripada keluarga kurang bernasib baik.



Kini, ia sudah mencapai separuh daripada matlamatnya iaitu untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya $2 juta.



Bercakap di majlis pelancaran dana itu, tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, berkata pemerintah akan menyumbang $1.50 kepada dana endowmen umum NTU bagi setiap dolar yang dikumpul.



"Selain itu, pemerintah juga akan menawarkan pengurangan cukai sebanyak 250 peratus kepada penderma.



"Secara keseluruhan, pemerintah akan menyumbang $2 atau lebih bagi setiap dolar yang diderma," kata Encik Heng yang juga Menteri Kewangan.



Tambahnya, dana endowmen itu lebih lagi bermakna di tengah-tengah pandemik Covid-19 sekarang.



"Ramai pelajar dan keluarga mereka sedang melalui masa yang sukar dan sikap murah hati anda boleh membantu memastikan kita dapat mengekalkan mobiliti sosial," ujarnya.



Semasa berucap di majlis pelancaran dana itu, Cik Lee berkata Profesor Chen merupakan seorang tokoh bapa yang penyayang dan baik hati serta guru yang cemerlang.



"Ramai pelajarnya cemerlang dalam industri (binaan) dan kami terhutang budi kepada beliau yang telah berkongsi ilmunya dengan kami.



"Apa yang diajar Profesor Chen serta kenangan yang ditinggalkannya mempunyai kesan mendalam pada kehidupan kami," ujar Cik Lee.



Maka, adalah wajar mereka melakukan sesuatu untuk memperingati beliau, tambahnya.



Provos NTU Ling San pula menyifatkan Profesor Chen sebagai perintis yang telah menetapkan asas bagi kekuatan universiti itu serta suri teladan yang menjadi sumber inspirasi bagi semangat menyumbang yang NTU ingin pupuk di kalangan pelajar dan lulusannya.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, berkata Profesor Chen turut meninggalkan kesan mendalam di persada antarabangsa.



"Beliau dilantik Bank Dunia beberapa kali bagi projek termasuk di China, Vietnam dan Laos.



"Sumbangannya membantu meningkatkan kehidupan ramai orang di rantau itu," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >