Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan wanita tarik sokongan untuk laporan bersama tentang ketidaksamaan jantina

Sep 29, 2017 | 11:10 AM



SEBUAH kumpulan pertubuhan bukan pemerintah setempat stelah bekerjasama buat pertama kali untuk menyerahkan laporan bersama tentang diskriminasi jantina kepada jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN).



Namun tanda kurang persefahaman dalam kumpulan ini telah timbul, sebelum draf terakhir laporan ini dapat di bentangkan kepada jawatankuasa Konvensyen untuk Menghapuskan semua jenis Diskriminasi Ke Atas Wanita (Cedaw).



Sidang media yang dijadual berlangsung pada 29 September - bagi mendedahkan butiran laporan ini - dibatalkan dengan hanya notis tiga jam. Tiada sebab diberikan bagi pembatalan ini.



Menurut akhbar The Straits Times, sekurang-kurangnya empat kumpulan wanita, termasuk Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Rangkaian Penyepaduan Wanita Persatuan Rakyat, Wanita dan Unit Keluarga Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), telah menarik balik sokongan bagi laporan itu kerana mereka mendapati beberapa bahagian laporan itu terlalu memecah-belahkan.



Difahami, bahagian laporan yang dipertikaikan mengandungi saranan untuk mengeluarkan Sekysen 377A dari Kanun Jenayah, yang menyifatkan seks antara lelaki sebagai jenayah yang bercanggah dengan pendidikan seks di sini yang berdasarkan menahan diri (sebelum berkahwin), tidak membenarkan poligami, dan undang-undang lebih ketat berkenaan pewarisan dan perkahwinan Muslim.



Sidang media yang dibatalkan dijadual berlangsung di ibu pejabat Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) di Waterloo Street pada 10 pagi hari ini.



Laporan itu menggariskan ketidaksamaan jantina yang wujud dalam bidang seperti pekerjaan, keluarga, politik dan keganasan ke atas wanita. Ia juga memuatkan saranan bagi komitmen negara yang lebih kuat untuk menghapus ketidaksamaan berdasarkan jantina.



Wanita yang dijadual hadir di sidang akhbar itu ialah mantan presiden SCWO Cik Malathi Das, Ketua Kajian dan Sokongan di Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) Cik Jolene Tan, dan Cik Halijah Mohamad, naib presiden Persatuan Peguam Wanita Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >