LAWATAN ke institusi pengajian Islam di Amerika Syarikat dan Canada telah memberi banyak pengalaman berharga mendalami pelbagai model pengajian tinggi Islam di negara tersebut, kata Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.
Ia boleh membantu Singapura melakar usaha untuk membentuk kolej Islam di sini di samping melatih generasi cendekiawan dan asatizah masa hadapan.