MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menaruh harapan Arab Saudi meluluskan permintaan Singapura agar kuota rasmi haji negara ini ditambah.
Ini kerana permintaan Singapura itu "tidak menerima tentangan" semasa perbincangan awal diadakan antara pegawai kedua-dua negara, dedah beliau semasa ditemui di akhir acara pelancaran tahun akademik 2014 Skim Tuisyen Mendaki, di Sekolah Rendah Si Ling, semalam.