Kurang 1% perlu bayar premium tambahan bagi MediShield Life

SEKITAR 25,000 warga Singapura - kurang 1 peratus daripada jumlah penduduk Singapura - perlu membayar premium tambahan apabila MediShield Life dilaksanakan pada 1 November ini.

Kira-kira 23,000 orang daripada bilangan itu tidak mempunyai perlindungan insurans manakala 2,000 mempunyai perlindungan di bawah MediShield atau Pelan Perlindungan Bersepadu (IP) tetapi mempunyai syarat-syarat pengecualian.

Golongan 25,000 warga itu telah dikenalpasti menghidapi penyakit serius yang wujud sebelum dikenakan syarat-syarat, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Mereka yang dikenakan membayar premium tambahan itu akan diberitahu oleh Tabung Simpanan Pekerja (CPF) menerusi surat mulai sekarang hingga lewat Oktober.

Mereka akan membayar premium tambahan sebanyak 30 peratus untuk tempoh 10 tahun, sebelum mereka akan membayar premium yang sama seperti yang lain dalam kumpulan umur mereka, tidak kira keadaan kesihatan yang mereka hadapi di masa depan.

Kebanyakan kos ini akan ditanggung oleh Pemerintah.

Skim MediShiled Life akan memberi perlindungan kepada semua warga Singapura dan penduduk tetap, termasuk mereka yang mempunyai penyakit sedia ada, yang sekarang ini tidak dilindungi di bawah MediShield.

Mereka yang dilindungi tetapi mempunyai syarat-syarat pengecualian akan mendapat perlindungan sepenuhnya di bawah MediShield Life, tambah MOH.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.