MENTERI Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, menekankan semalam bahawa fokus penting dasar jagaan kesihatan Singapura ialah membangunkan keupayaan.
"Sejak 10 tahun lalu (2003 hingga 2013), kita telah menambah jumlah katil di hospital dan hospital masyarakat, termasuk di rumah jagaan kesihatan, sebanyak lebih 30 peratus," ujarnya.