Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurang langkah kawalan risiko, kecuaian individu punca maut di tempat kerja: MOM

Aug 07, 2023 | 04:35 PM



Kes kematian di tempat kerja baru-baru ini kebanyakannya berpunca daripada gabungan kecuaian individu dan kekurangan langkah kawalan risiko, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin.

Menggesa majikan supaya mengamalkan kewaspadaan dan bertanggungjawab melaksana langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, MOM menambah bahawa ia tidak teragak-agak untuk memastikan majikan dan individu dipertanggungjawabkan bagi kesilapan yang berlaku.

Dalam satu pos Facebook, MOM menonjolkan dua kes – keruntuhan struktur bangunan di Tanjong Pagar pada 15 Jun yang meragut nyawa seorang pekerja warga India berusia 20 tahun dan kematian seorang pemandu warga India berusia 33 tahun di tapak binaan di Jurong West pada 10 Julai.

“Ketiadaan langkah kawalan di tapak kerja merobohkan bangunan menyebabkan tembok runtuh (dan nahas itu) mengakibatkan seorang pekerja maut. Dalam satu kes berasingan, seorang pemandu maut apabila dilanggar sebuah kenderaan yang sedang berundur,” kata MOM mengenai dua contoh itu.

“Seandainya langkah keselamatan dilaksana, dan penjagaan lebih baik diambil untuk memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat, kematian tersebut boleh dicegah.”

Setakat ini sekurang-kurangnya 16 kematian di tempat kerja telah dicatat bagi tujuh bulan pertama 2023.

Pada 2022, terdapat 46 kematian di tempat kerja – angka tahunan paling tinggi sejak 2016, yang mencatatkan 66 kematian.

Bagi menangani lonjakan kematian di tempat kerja, MOM memperkenal langkah penguatkuasaan dipertingkat pada Jun 2022.

Ini termasuk menggandakan denda untuk setiap kecuaian keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, daripada minimum $1,000 kepada $2,000.

Syarikat yang diberi arahan hentikan kerja atau mempunyai pekerja yang mengalami kecederaan besar juga perlu mendapatkan juruaudit luar untuk menyemak sistem kerja mereka.

Ketua eksekutif syarikat juga perlu bertanggungjawab ke atas kecuaian yang menyebabkan kemalangan serius atau bahaya di tempat kerja.

MOM berkata ia akan terus “menguatkuasa dengan ketat” langkah-langkah tersebut dan mempertingkatkan pemeriksaan.

Pada September 2022, ia mengenakan tempoh keselamatan dipertingkat selama enam bulan dalam usaha mengurangkan kematian di tempat kerja.

Langkah itu pada asalnya dijadualkan berakhir pada 28 Februari 2023 tetapi dilanjutkan ke 31 Mei.

Pesuruhjaya keselamatan dan kesihatan tempat kerja, Encik Silang Sng, berkata: “Setiap kematian menjadi peringatan tentang malang yang bakal menimpa sekiranya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tidak diutamakan.

“Kita tidak boleh mengulangi kemalangan yang terjadi pada 2022. MOM akan membuat mereka bertanggungjawab jika mereka gagal melindungi keselamatan dan kesejahteraan pekerja.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >