Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurang lubang tikus ditemui sejauh ini: NEA

Aug 17, 2016 | 09:46 AM



MASALAH tikus di Singapura berkurangan sedikit tahun ini, menurut angka terbaru daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Kira-kira 20,000 lubang tikus dikesan di kawasan awam di seluruh pulau pada separuh pertama tahun ini, kurang sedikit mengikut kadar daripada 43,000 yang ditemui pada keseluruhan tahun lepas, ujar NEA pada Selasa (16 Ogos).



Ia ditemui hasil jumlah pemeriksaan yang sama dalam tempoh Januari hingga Jun, iaitu lebih 70,000 di tempat makanan runcit.



Tetapi Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, menegaskan pada Selasa bahawa menangani ancaman tikus memerlukan bantuan semua pihak berkepentingan, seperti majlis bandaran dan kedai kopi.



"Semua orang ada peranan untuk dimainkan... Setiap pemilik premis perlu memastikan ia meletakkan langkah-langkah bagi mengelakkan tikus serangan.



"Majlis bandaran juga akan menjalankan peranannya untuk menyelaras program kawalan tikus."



Ini termasuk pemeriksaan kerap dan pembersihan estet, terutama cerobong sampah, cerobong sampah pusat dan pusat tong sampah, kata Dr Khor kepada pemberita di luar acara lawatan ke Bukit Batok Avenue 4, tempat usaha pelbagai pihak berkepentingan sedang dijalankan.



Sebagai contoh, Manjis Bandaran Choa Chu Kang, yang bertanggungjawab bagi kawasan itu, telah menggantikan perangkap plastik parit rosak dalam pelongsor sampah dengan penutup logam, dengan itu menghalang tikus menggigitnya dan dapat mengambil sampah.



Dr Khor turut melawat sebuah kedai kopi, yang diurus oleh Badaling Holdings, yang mempunyai beberapa langkah antitikus.



Ini termasuk memasang dawai pada tingkap untuk mengelakkan tikus masuk, dan mempunyai seorang pengurus operasi bagi memastikan pemilik membersihkan gerai mereka dengan baik selepas berniaga setiap hari.



Lawatan Dr Khor dibuat selepas tikus ditemui di tempat lain di Bukit Batok.



Pada akhir 2014, ia berleluasa di kawasan bukit berhampiran stesen MRT Bukit Batok, dan pada April lalu, di tanah pemerintah yang kosong di belakang Kuil Bergabung See Thian Foh.



Keadaan bertambah baik selepas pihak berkuasa menjalankan operasi bunuh tikus meluas di kedua-dua tapak.



"Yang penting, saya rasa, ialah mendidik pihak berkepentingan dan membuat mereka menyertai kami menyelaraskan usaha program pencegahan tikus... dan mengekalkan usaha itu," kata Dr Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >