Kurang sihat tapi Mami Asmah masih bertarawih dan jadi relawan
Premium
Kurang sihat tapi Mami Asmah masih bertarawih dan jadi relawan
Jul 5, 2016 | 5:30 AM
ASMAH LAILI: Menghidap penyakit fibrosis pulmonari iaitu parut atau kerosakan pada peparu yang menyebabkan masalah pernafasan yang serius. - Foto TUKIMAN WARJI -
BARU beberapa minit wawancara berlangsung, personaliti radio popular Asmah Laili sudah mula menyuruh pembantu rumahnya mengeluarkan tangki oksigen yang sebesar bagasi dari dalam bilik ke ruang tamu rumahnya tempat wawancara diadakan.
Selepas memakai tiub oksigen, barulah mudah untuknya yang lebih mesra dengan panggilan Mami Asmah, berbual lancar.

