Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kurikulum bahasa ibunda sekolah rendah baru mulai 2024

Chun Sing: Kaedah guna video animasi, permainan dalam talian dan realiti terimbuh akan jadikan pembelajaran lebih seronok
Aug 26, 2023 | 04:43 PM



Murid sekolah rendah akan belajar bahasa ibunda (MTL) menerusi video animasi, permainan dalam talian dan Realiti Terimbuh (AR) berdasarkan kurikulum baru yang akan diperkenal secara progresif mulai kohort darjah satu menjelang 2024.

Kurikulum MTL Sekolah Rendah 2024 yang baru itu dibangunkan berdasarkan kurikulum 2015 dan akan memberi penekanan lebih besar terhadap membangunkan Kemahiran Abad Ke-21 pelajar seperti kemahiran memahami tentang pelbagai budaya, kemahiran komunikasi serta pemikiran kritikal dan inventif.

Mengumumkan demikian di Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) ke-12 yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec City pada Sabtu, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata kementeriannya telah menyemak kurikulum MTL sedia ada dengan maklum balas yang diterima daripada lebih 11,000 pelajar, 1,000 guru dan 4,000 ibu bapa.

“Meskipun maklum balas yang diterima sangat positif, mereka mengatakan bahawa pelajar mempunyai peluang terhad untuk belajar dan menggunakan MTL di luar bilik darjah.

“Oleh itu, kurikulum baru ini akan memberi lebih banyak tumpuan supaya pelajar dapat menikmati pembelajaran dan menggunakan MTL di dalam dan luar bilik darjah,” kata Encik Chan.

Menjelaskan, Encik Chan berkata kurikulum baru akan menggariskan budaya etnik setempat dalam setiap bahasa ibunda tetapi juga menggalakkan kecelikan silang budaya.

Misalnya, dalam buku teks bahasa Melayu darjah satu, murid akan diperkenal kepada ‘popiah’, sejenis hidangan Teochew, dan ‘lumpia’ iaitu sejenis popiah versi Filipina.

Ini supaya “murid-murid akan lebih menghargai persamaan silang budaya, dan berhubung dengan rakan mereka di rantau ini dengan lebih baik,” ulas Encik Chan.

Selain itu, pelbagai pendekatan juga akan digunakan untuk menyokong pembelajaran murid melalui kaedah visual, pendengaran dan kinestetik.

Encik Chan berkata Kementerian Pendidikan (MOE) akan memperkenal buku besar dan kecil dalam bentuk fizikal dan digital untuk menggalak bacaan di dalam dan luar bilik darjah.

Buku-buku ini mempunyai fungsi interaktif dan bacaan digital.

Bagi murid yang belajar bahasa Melayu pula, setiap kelas akan bermula dengan lagu.

“Pelajar boleh menggarap kosa kata melalui nyanyian dan gerakan tubuh. Kosa kata yang sama kemudian akan ditekankan dalam bahagian lain kelas (yang dipelajari),” kata Encik Chan.

Pakar Peneraju daripada Unit Bahasa Melayu Sekolah Rendah Cawangan Bahasa Ibunda MOE, Cik Salha Mohamed Hussain, memberitahu Berita Harian bahawa sebanyak 16 sekolah terlibat dalam program perintis kurikulum baru itu.


Cik Salha, salah seorang pakar kurikulum yang terlibat dalam membangunkan Kurikulum MTL Sekolah Rendah 2024 bagi bahasa Melayu, berkata maklum balas guru dan ibu bapa amat memberangsangkan.


“Mereka melihat ini sebagai satu pendekatan yang menarik, mereka kata tak pernah melihat kanak-kanak ini balik ke rumah dan hendak bercerita tentang gergasi (berdasarkan salah satu buku yang dihasilkan).


“Malah bagi perkataan seperti ‘wheelchair’ mereka gunakan perkataan ‘kerusi roda’ sebab kami perkenalkan perkataan itu.


“Ibu bapa melihat ini sebagai satu pendekatan yang berbeza dan menyeronokkan,” ujar beliau.


Selain pelancaran kurikulum baru itu, seramai 15 guru bahasa ibunda prasekolah juga telah diiktiraf semasa MTLS.

Mereka menerima Anugerah Guru Bahasa Ibunda Prasekolah Cemerlang (OPMTL) yang diberikan setiap tahun.

Terdapat juga 19 sesi perkongsian yang diadakan buat ibu bapa dan pendidik serta 26 bengkel interaktif bagi ibu bapa melibatkan anak-anak mereka dalam pembelajaran MTL.


Turut hadir semasa MTLS ialah Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang; dan Anggota Parlimen GRC Sembawang, Encik Vikram Nair, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Tamil (TLLPC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >