Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kurikulum NP sertakan lebih banyak penglibatan industri

Sekurang-kurangnya sepertiga kurikulum diploma sepenuh masa dibangun bersama rakan industri
May 24, 2023 | 06:15 PM



SATU rangka kerja baru yang menjajarkan pembelajaran pelajar dengan perkembangan industri terkini untuk memastikan pelajar tamat pengajian dengan kemahiran serta kecekapan yang diperlukan industri telah dilancarkan Politeknik Ngee Ann pada Rabu.

Rangka kerja Industri-dalam-Kurikulum (IiC) itu yang dijadual dilaksanakan menjelang akhir 2024, membolehkan NP bekerjasama dengan pengamal industri untuk membangunkan, menyampaikan dan menilai bersama sekurang-kurangnya sepertiga kurikulum bagi semua diploma sepenuh masa.

Pelajar akan meraih manfaat daripada mempelajari amalan industri semasa menerusi pelajaran yang direka pakar industri, mengenali pembangunan serta trend yang memuncul, serta mendapat pengesahan bagi kemahiran mereka menerusi penilaian dan maklum balas daripada pengamal industri.

Malah, ada yang dapat meraih pensijilan industri sebagai sebahagian keperluan kurikulum.

Dalam usaha mempertingkat hasil pembelajaran praktikal, modul sedia ada akan disuntik kesegaran dan modul baru akan ditambah.

Antara usaha yang dilancarkan dengan kerjasama industri ialah program bekerja sambil belajar selama setahun, penyepaduan alat dan teknologi terkini, serta peningkatan dalam kehadiran industri di kampus supaya pelajar dapat menerima bimbingan.

Selain itu, NP telah memperuntukkan hari Rabu sebagai hari di mana tiada kelas diadakan. Sebaliknya, ia akan digunakan untuk pendekatan industri dan projek industri sebenar merentas disiplin.

Menerusi inisiatif ‘Wednesdays Without Walls (W3)‘ itu, pelajar akan terlibat dalam projek industri kolaboratif merentas kursus, sementara kakitangan politeknik akan mempunyai ruang untuk memulakan kegiatan tertumpu kepada industri bagi mendalami keupayaan atau mengukuhkan hubungan akademia dengan industri. 

Lebih 100 syarikat menghadiri majlis pelancaran rangka kerja itu yang diadakan sempena Hari Penghargaan Rakan Industri.

Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang hadir selaku tetamu terhomat, berkata mempunyai hubungan kukuh antara institut pengajian tinggi (IHL) dengan industri adalah penting dalam memastikan daya saing Singapura yang berterusan.

“Di Singapura, kita tidak bersaing berdasarkan harga kita atau saiz kita; kita bersaing berdasarkan kelajuan evolusi kita. Sesiapa dalam dunia ini yang boleh memperkukuh hubungan akademia-industri dengan terbaik akan menjadi pemenang dalam dunia yang bergerak pantas ini,” ujarnya.

Menyentuh tentang penglibatan industri bersama IHL, Encik Chan berkata syarikat menjadi yang pertama untuk memilih bakat dahulu. Apabila pelajar menjalani program bekerja sambil belajar bersama syarikat, ia merupakan proses penemuan bersama.

“Dalam pasaran ketat bakat seperti Singapura, ini kelebihan daya saing yang penting,” katanya.

Politeknik boleh membantu memberikan inovasi sebagai khidmat, katanya, dengan memikirkan bersama syarikat cara untuk memenuhi cabaran perniagaan.

“Bagi setiap perusahaan kecil dan sederhana dan beberapa syarikat terbesar di luar sana, ia sukar untuk memiliki makmal anda sendiri, untuk menjalankan pembangunan produk, penyelidikan ataupun ujian pasaran.

“Tetapi jika anda bekerjasama dengan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal, anda berpeluang melakukan demikian,” katanya.

Antara rakan industri yang menyertai usaha ini ialah syarikat keselamatan siber Darktrace. Mereka akan bekerjasama dengan Sekolah Teknologi Perhubungan Maklumat (ICT) NP untuk melengkapi pelajar dengan pengetahuan untuk mencegah serang siber menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin.

Naib Presiden Pengurusan Risiko Siber di Darktrace, Cik Germaine Tan, berkata:

“Sebagai sebahagian kerjasama ini, pelajar akan belajar menggunakan AI untuk mengenal pasti ancaman masa sebenar, menyertai perbincangan tentang cabaran dan dapatan industri, dan memahami peranan profesional keselamatan siber dengan lebih baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >