Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kursus diploma baru untuk jadi guru prasekolah

May 12, 2018 | 05:30 AM



SATU kursus diploma baru bagi mereka yang ingin menjadi guru prasekolah akan dilancarkan tahun depan.



Institut Pendidikan Awal Kanak-Kanak Nasional (NIEC) mengumumkan semalam bahawa mereka akan menawarkan Diploma Pembangunan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECDE) di Politeknik Ngee Ann (NP) dan Politeknik Temasek (TP) mulai tahun depan.



NP kini menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak serta Diploma Psikologi Kanak-Kanak dan Pendidikan Awal sementara TP menawarkan Diploma Pengajian Awal Kanak-Kanak.



Namun, kursus diploma baru yang ditawarkan NIEC itu akan menggantikan ketiga-tiga kursus yang ditawarkan NP dan TP sekarang mulai tahun depan.



Bagaimanapun, pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam tiga kursus itu dapat meneruskan pengajian mereka sehingga selesai.



NIEC merancang menawarkan 700 tempat bagi kemasukan pertama Diploma ECDE itu, setanding dengan pengambilan pelajar secara keseluruhan bagi tiga kursus yang ditawarkan NP dan TP sekarang. Kriteria kemasukan juga akan kekal sama.



Ketika ditemui media semasa satu taklimat media di prasekolah PCF Sparkletots di Woodlands Blok 801, Pengarah NIEC, Cik Loke-Yeo Teck Yong, berkata satu set modul teras dalam kursus diploma baru itu akan melengkapi pelajar dengan nilai serta pengetahuan dan kemahiran profesional yang diperlukan untuk menjadi pendidik dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak dan relevan kepada keperluan sektor.



Tambahnya, diploma baru itu juga akan memberi tumpuan kukuh kepada pembelajaran berasaskan amalan.



NIEC yang dibentuk hasil gabungan keupayaan dan kepakaran latihan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE), NP, TP dan Institut SEED akan menjadi penyedia latihan utama dalam bidang itu apabila ia mula beroperasi mulai Januari tahun depan.



Sementara pelajar yang mengikuti kursus NIEC di politeknik dan ITE dikenali sebagai pelajar NIEC, mereka juga dapat menyertai kegiatan kokurikular di kampus masing-masing serta mendapatkan khidmat sokongan pelajar di kampus itu.



Selain praktikum dan program bekerja sambil belajar, pelajar tahun ketiga dalam program baru ini juga boleh memilih untuk mengikuti elektif relevan yang ditawarkan sekolah mereka untuk menumpukan latihan mereka pada bidang tertentu.



Sebagai permulaan, NP menawarkan Laluan Campur Tangan Awal manakala TP menawarkan Laluan Seni Visual.



Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'O' dan pelajar tahun akhir ITE yang berminat untuk menyertai kursus itu boleh memohon bulan depan.



Penyelia pusat PCF Sparkletots di Woodlands Blok 801, Cik Wong Peng Peng, 52 tahun, berkata industri pendidikan awal kanak-kanak kian berkembang dan program itu dapat menarik individu yang berminat bekerja dengan kanak-kanak untuk menyertai sektor itu.



"Sekarang ini kami kekurangan guru dan program ini dapat meningkatkan jumlah guru," ujarnya.



Dalam pada itu, NIEC juga akan terus menawarkan kursus Diploma Pengajian Bahasa Cina (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dan Diploma Pengajian Bahasa Tamil dengan Pendidikan Awal di NP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >