Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kursus posdiploma baru bantu lulusan poly dalami kemahiran

May 19, 2015 | 05:45 AM



LULUSAN politeknik boleh mengikuti 10 kursus sijil posdiploma yang dipertingkat mulai Oktober ini bagi memastikan mereka kekal relevan pada industri.


Pelbagai kursus itu, daripada operasi limbungan hingga analisis data, bertujuan membantu lulusan politeknik mendalami pengetahuan dan kemahiran mereka dalam industri masing-masing.


Ini diumum Menteri Negara Kanan Pendidikan, Cik Indranee Rajah, di majlis tamat pengajian Politeknik Temasek, semalam.


Menurut beliau, kursus tersebut diperkenal sebagai sebahagian daripada SkillsFuture, satu inisiatif menggalak pelajar dan pekerja membangunkan kemahiran khusus dan relevan pada industri.


Kursus yang dipertingkat itu akan diadakan secara lebih intensif bagi membolehkan mereka menghabiskannya lebih cepat - dalam kira-kira satu hingga dua bulan.


Bagi individu yang tidak menyertai bidang berkaitan dengan pengajian mereka di politeknik selepas mereka tamat pengajian itu, mereka boleh mengikuti kursus itu untuk menyegarkan kembali kemahiran mereka dalam bidang itu bagi menyertai kembali industri berkaitan bidang pengajian mereka itu.


Pelajar yang berjaya menamatkan kursus sijil posdiploma dipertingkat itu akan menerima sijil yang sama dengan pelajar yang kini melengkapkan kursus serupa sebagai sebahagian daripada diploma lanjutan sambilan atau kursus diploma pakar.


Kelulusan dalam kursus dipertingkat itu juga boleh digunakan bagi pengecualian kredit dan mendapatkan diploma lanjutan atau pakar, jika pelajar itu ingin mendaftar dalam kursus berkaitan.


Pelajar yang telah lulus daripada kursus pengajian relevan sekurang-kurangnya dua tahun layak mengikuti kursus dipertingkat itu.


Bayaran dikecualikan bagi warga Singapura yang mengikuti kursus dipertingkat itu buat kali pertama, jika mereka tidak mengambil sebarang kursus sijil posdiploma sebelum ini. Mereka hanya perlu membayar $50 bagi kos pentadbiran.


Mereka akan diberi subsidi 85 peratus bagi bayaran kursus seterusnya.


Sebagai permulaan, politeknik akan menawarkan 10 kursus tersebut dalam bidang sains gunaan, maritim, kejuruteraan, dan teknologi maklumat dan hubungan.


Dalam majlis tamat pengajian di Politeknik Singapura pula, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, memberitahu lulusan politeknik bahawa pembelajaran mereka tidak berhenti selepas pengajian itu.


"Apa yang berlaku dalam 16 atau 17 tahun pertama pendidikan anda ialah permulaan satu pembelajaran sepanjang hayat yang lebih panjang dan penting," ujar Encik Wong, sambil menekankan pentingya inisiatif SkillsFuture.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >