Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ladang di Indonesia dilulus sumber import baru ayam hidup ke S’pura

May 14, 2023 | 04:47 PM



AGENSI Makanan Singapura (SFA) dan Perkhidmatan Haiwan & Veterinar (AVS) di bawah Lembaga Taman Negara (NParks) telah meluluskan ladang bebas flu burung di Indonesia sebagai sumber import baru ayam hidup bagi negara ini.



Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Kerja) Dr Koh Poh Koon, berkata dengan lulusnya ladang itu sebagai sumber import, penduduk dan perniagaan Singapura kini mempunyai lebih banyak pilihan ayam.



Beliau berada di Pelabuhan Jurong untuk menyaksikan ketibaan konsainan pertama ayam dari ladang tersebut di Singapura pada pagi Sabtu.



“Daya tahan bekalan ayam Singapura juga akan terus diperkukuh.



“Tapi, kita mesti kekal bersedia apabila berlaku gangguan bekalan makanan dari masa ke masa disebabkan faktor-faktor berbeza seperti wabak penyakit, ketegangan geopolitik dan kejadian cuaca ekstrem akibat perubahan iklim.



“Sebagai ekonomi terbuka yang mengimport lebih daripada 90 peratus makanan kita, Singapura tidak boleh dilindungi sepenuhnya daripada peristiwa sedemikian. 



“Itu sebabnya industri makanan kita harus kekal lincah dan boleh menyesuaikan diri melalui perancangan kesinambungan perniagaan,” kata Dr Koh.



Pengguna juga boleh memainkan peranan dengan menjadi fleksibel dengan pilihan makanan dan memilih alternatif seperti daging beku atau pilihan protein lain, tambahnya.



Beliau menambah bahawa mempelbagaikan sumber import adalah salah satu strategi utama Singapura menjadikan rantaian bekalan makanannya lebih berdaya tahan.



Sebagai contoh, negara ini mengimport ayam dalam pelbagai bentuk dari 25 negara termasuk sejauh Brazil dan Amerika Syarikat.



Bagi ayam hidup, Singapura sebelum ini hanya mempunyai satu sumber import, namun dengan ladang baru di Indonesia ini, penduduk dan perniagaan di sini kini mempunyai lebih banyak pilihan, jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >