Lagi kereta Singapura lesap di JB

DALAM satu lagi kes curi kereta Singapura di Johor Bahru, sebuah Stream Honda hilang dari tempat letak kereta pusat beli-belah Perling Mall Sabtu lalu.

Encik Arunachalam Sathiamoorthy, 48 tahun, meletak kereta beliau di situ sekitar 3.30 petang untuk pergi makan sekejap dalam perjalanan pulang ke Singapura dari Desaru bersama isteri dan seorang anak perempuannya.

Kereta itu lesap dalam masa kurang satu jam, ujar Mr Sathiamoorthy, seorang jurutera, kepada akhbar The Straits Times hari ini.

Beliau kemudian mendapati salah satu daripada tiga kad kredit di dalam kenderaan itu digunakan pada 5.36 petang hari itu bagi urus niaga sebanyak RM200 ($71.10) di sebuah kedai minyak berhampiran.

Encik Sathiamoorthy juga kehilangan dua kad tunai, telefon bimbit iPhone 6 Plus dan dua beg mengandungi pakaian keluarganya.

Pada 10 Ogos, kereta Honda Civic seorang warga Singapura, Encik Nolan Khoo, dicuri dalam masa 10 saat di pusat beli-belah Tebrau City, sekitar 16 kilometer dari Perling Mall.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.