Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi seminggu cuti paterniti dibiayai Pemerintah

May 10, 2016 | 05:30 AM



MULAI Julai ini, majikan boleh menuntut pembayaran semula bagi kakitangan mereka yang mengambil cuti paterniti minggu kedua sejak Ogos tahun lalu bagi anak mereka yang lahir mulai 1 Januari 2015.



Sementara itu, anak yang lahir mulai September tahun ini daripada ibu bapa yang tidak berkahwin pula bakal meraih faedah daripada Akaun Pembangunan Anak.



Perubahan bagi memberikan sokongan kepada kaum bapa - termasuk yang mengambil anak angkat - serta lanjutan bagi anak yang ibu bapanya tidak berkahwin diluluskan di Parlimen semalam di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-kanak (CDCA) (Pindaan) 2016.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Tan Chuan-Jin, berkata: "Kaum bapa memainkan peranan penting dalam keibubapaan dan perkongsian tanggungjawab harus menjadi salah satu cara hidup dalam masyarakat kita."



Di bawah Rang Undang-Undang yang dipinda, majikan dan mereka yang bekerja sendiri boleh menuntut pembayaran semula daripada pemerintah bagi minggu tambahan cuti paterniti yang diambil dari 24 Ogos tahun lalu hingga 30 Jun ini.



Tuntutan pembayaran semula boleh dibuat mulai 1 Julai ini. Namun, buat masa ini cuti minggu kedua paterniti hanya berupa sukarela.



Pindaan susulan CDCA bakal dibuat pada akhir tahun ini sebelum ia diwajibkan sekitar awal tahun depan.



Sementara itu, NCMP Profesor Madya Daniel Goh, daripada Parti Pekerja (WP), turut mengusulkan agar dipertimbang penamaan semula akta tersebut agar lebih mencerminkan perubahan terkini memandangkan pada awalnya ia sekadar melibatkan wang tabungan simpanan bersama.



Beliau menyarankan agar ia dinamakan Akta Menggalak Kehidupan Berkeluarga.



Di bawah CDCA, pemerintah menyediakan bantuan kewangan bagi membantu keluarga membiayai kos membesarkan anak.



Sementara itu, anak yang lahir mulai September ini daripada ibu bapa yang belum berkahwin akan meraih faedah daripada Geran Langkah Pertama Akaun Pembangunan Anak berjumlah $3,000 di bawah skim yang diluaskan itu.



Laporan Parlimen:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >