KEGEMILANGAN dan keindahan lagu klasik Melayu, lagu rakyat dan puisi 'dihidupkan' di Kelab Masyarakat Tampines West dalam pelancaran Bulan Bahasa semalam.
Ini merupakan tahun ketiga Tampines menyokong program Bulan Bahasa, yang telah dilancarkan oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.