Lagu yang telah memenangi peraduan LiriikBaiik SG50, Titik Merah tulisan Cik Amanah Mustafi telah dinyanyikan oleh Aisyah Aziz semasa majlis pelancaran rasmi pertandingan LiriikBaiik SG50 tadi di auditorium Singapore Press Holdings (SPH).
Dianjurkan Berita Harian (BH) bersama Persatuan Karyawan Muzik Singapura (Perkamus) dan Sallys Music Productions, pertandingan tersebut diadakan buat julung-julung kalinya sempena sambutan ulang tahun Singapura yang ke-50 (SG50).