Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan Circle beroperasi seperti biasa sejak petang Jumaat

Sep 05, 2016 | 01:41 PM



LALUAN Circle beroperasi seperti biasa sejak petang Jumaat (2 Sep) lalu, selepas rentetan kelewatan minggu lepas.



Sejak pagi Isnin lalu, perkhidmatan di laluan MRT berusia lima tahun itu perlahan dek gangguan misteri dalam terowong menjejas sistem pengisyaratan kereta api.



Sistem pengisyaratan memastikan kereta api beroperasi dengan selamat.



Bagaimanapun, pada 4 petang Jumaat lalu, gangguan tersebut berakhir, dan kereta api tersebut beroperasi seperti biasa sejak itu, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendalinya, SMRT Corp, pada Isnin (5 Sep).



Jurutera SMRT mengesyaki gangguan komunikasi sejak awal masalah tersebut, tetapi tidak dapat memastikan apa gangguan itu.



Bersama pakar dari LTA dan pembekal sistem itu, Alstom, mereka kemudian mengesahkan gangguan itu tetapi sumber puncanya tidak diketahui.



"SMRT dan LTA akan meneruskan siasatan," menurut satu kenyataan bersama daripada LTA dan SMRT.



"Sekiranya dan apabila kejadian berulang, SMRT dan LTA telah bekerja dengan Lembaga Kemajuan Infokom dan pengendali rangkaian mudah alih untuk menggantung isyarat telekomunikasi sepanjang Laluan Circle bagi jangka masa singkat untuk menjalankan ujian lanjut.



"Jika penggantungan sementara isyarat telekomunikasi perlu dibuat, pengumuman akan dibuat dalam kereta api dan di stesen terjejas di sepanjang laluan itu."



Walaupun perkhidmatan terganggu minggu lalu, Laluan Circle sebenarnya laluan yang boleh dipercayai. Menurut statistik LTA, laluan itu mempunyai gangguan perkhidmatan bagi setiap 177,000 km perjalanan kereta api pada suku pertama tahun ini.



Ini diikuti Laluan Downtown yang lebih baru, dengan gangguan bagi setiap 171,000 km perjalanan kereta api.



Bagaimanapun dari segi gangguan besar, Laluan Circle tidaklah sangat baik daripada laluan lebih tua.



Sejak 2011, ia mempunyai 11 kerosakan melebihi setengah jam. Ini berbanding 12 bagi Laluan Utara-Timur yang berusia 13 tahun, dan 26 bagi gabungan Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (laluan tertua, berusia 29 tahun).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >