Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan MRT Utara-Selata (NSL) dan Timur-Barat (EWL) tergendala

Jul 25, 2017 | 09:57 AM



STESEN MRT di sepanjang laluan Utara-Selatan (NSL) dan Timur-Barat (EWL) lebih padat penumpang berbanding hari kerja lain pada Selasa 25 Julai, disebabkan bekalan kuasa yang terganggu.



Membuat pengumuman di Twitter pada 7.26 pagi, pengendali keretapi SMRT berkata tempoh khidmat antara keretapi lebih panjang kerana ia sedang mengalami 'gangguan kuasa tidak menentu'.



"Orang yang ramai dijangka di stesen," kata SMRT.



SMRT juga memberi pengesahan lanjutan di Twitter selepas itu, bahawa keretapi sedang bergerak lebih perlahan dan juruteranya sedang melakukan pemeriksaan.



Penumpang mula mengadu tentang khidmat yang terjejas seawal 6.20 pagi, dengan beberapa penumpan berkata mereka terkandas di stesen MRT Lakeside.



Laluan EWL juga mengalami kerosakan litar elektrik di landasan di stesen Commonwealth selepas itu, dengan SMRT berkata ia menjangka khidmat keretapi akan tergendala sehingga 15 minit bagi pengguna yang menggunakan khidmat dari Joo Koon ke Commonwealth.



Namun, pengguna yang memberi respons di Twitter berkata khidmat tergendala sekurang-kurangnya 30 minit.



Insiden terkini ini berlaku sekitar 12 jam selepas khidmat tergendala di stesen Newton pada waktu sesak Isnin (24 Julai). Insiden itu disebabkan pintu yang teradang.



Gangguan kuasa elektrik kali terakhir berlaku pada 12 Julai, menjejaskan khidmat keretapi di kededua laluan pada lewat malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >