LAMAN berita The Middle Ground telah diberikan amaran keras oleh polis kerana menyiarkan keputusan satu tinjauan pendapat semasa pilihan raya kecil Bukit Batok.
Editor Konsultan laman itu, Cik Bertha Henson, berkata amaran itu diberi sebagai ganti pendakwaan (in lieu of prosecution) dalam satu catatannya di laman tersebut semalam.