Laman dalam talian permudah dapatkan maklumat tentang denggi, Zika

SEBUAH portal pendidikan dalam talian mengenai penyakit bawaan nyamuk dilancarkan pada Ahad (22 Mei), untuk menyediakan akses mudah kepada maklumat mengenai demam denggi dan virus Zika serta cara mencegah penyebarannya.

Dibangunkan oleh syarikat sains hayat global Bayer, portal itu disediakan dengan 'jurulatih maya' yang membimbing pengguna melayari komponen berbeza dalam laman tersebut, serta kuiz interaktif.

Bayer berkata Makmal Pendidikan Denggi Bayer, yang akan disediakan bagi semua sekolah di Daerah South West dan boleh diakses secara percuma oleh orang ramai, direka bagi membuat pembelajaran menyeronokkan .

Ia membangunkan portal itu bersama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West.

Pada majlis pelancaran di Sekolah Menengah New Town, Mayor Daerah South West, Cik Yen Ling, mengingatkan pelajar dan sukarelawan akar umbi bahawa setiap orang mempunyai peranan dalam membanteras denggi dan Zika.

Awal bulan ini, Singapura melaporkan kes Zika import pertama melibatkan seorang penduduk berusia 48 tahun di Watten Estate di Bukit Timah, yang telah pergi ke Sao Paulo, Brazil.

Virus denggi juga masih berleluasa di sini, dengan lebih 7,720 kes dilaporkan sejak awal tahun ini.

Cik Low berkata kes denggi biasanya bertambah ke puncaknya semasa bulan-bulan lebih panas dari Jun hingga Oktober kerana kitaran pembiakan dan kematangan lebih cepat nyamuk Aedes.

"Sedang kita memasuki musim puncak tradisional bagi demam denggi, semakin penting masyarakat sentiasa berwaspada dan mengawal penyakit bawaan nyamuk dengan menjaga rumah, taman dan ruang masyarakat kita agar bebas nyamuk," katanya.

CDC South West CDC turut melancarkan program tahunan Operasi Bebas Nyamuk, yang akan melibatkan lebih 2,000 sukarelawan.

Mereka akan meningkatkan kesedaran dan membuat lawatan ke rumah memandangkan majoriti tapak pembiakan nyamuk ditemui di rumah, biasanya dalam piring pasu bunga dan bekas seperti baldi.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.