Laman galak penggunaan ganja diarah tutup

SEBUAH laman web yang menggalak penggunaan bahan-bahan dadah terlarang telah diarah supaya ditutup.

Ini kerana laman itu, Singapore Cannabis Awareness, bertentangan dan melemahkan usaha-usaha pendidikan pencegahan dadah di sini dan menghakis daya tahan masyarakat terhadap penyalahgunaan dadah.

Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataannya mengesahkan ia telah membuat penilaian terhadap laman itu dan mendapati ia bertentangan dengan dasar pencegahan dadah di sini.

Justeru, Penguasa Pembangunan Media (MDA) telah mengarahkan pemilik laman itu supaya menutupnya menjelang esok.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.