Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman kumpul derma komited guna kod amalan baru

Jan 23, 2018 | 04:28 PM



EMPAT wadah setempat yang mengumpul dana daripada orang ramai (crowdfunding) telah memberi komitmen mereka dalam usaha memastikan kesahihan usaha memungut derma yang dilakukan menerusi wadah masing-masing.



Laman Give.Asia, Giving.sg, Ray of Hope Initiative dan Simply Giving akan menggunakan Kod Amalan bagi Rayuan Mengumpul Dana Amal Dalam Talian dalam industri itu, yang dibangunkan bersama Pesuruhjaya Badan Amal.



Ini dilancarkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, dalam satu acara Forum Giving Matters anjuran Pusat Sukarelawan dan Filantropi Kebangsaan (NVPC) di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) hari ini.



Usaha mengumpul dana dalam talian kini semakin popular, lapor akhbar The Straits Times.



Pada 2016, 28 peratus warga Singapura menderma secara dalam talian, meningkat daripada 8 peratus pada 2014, kata Cik Fu.



Di bawah kod baru itu, wadah mengumpul dana harus menilai kesahihan rayuan derma, memberi perkembangan secara tetap mengenai wang yang dikumpul, mengumumkan bayaran yang dikenakan, atau jumlah yang diambil daripada wang yang terkumpul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >