KUMPULAN yang memantau cara maklumat peribadi warga Singapura digunakan sedang menyiasat Persatuan Pemandu Pelancong selepas maklumat peribadi milik lebih 150 anggotanya terdedah kepada awam.
Menurut akhbar The Straits Times, ia melayari laman web persatuan itu minggu lalu dan mendapati gambar, nombor kad pengenalan dan maklumat lesen memandu anggotanya boleh diambil dengan mudah.