Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman web ICA palsu muncul, lepas laman CPF palsu dilenyapkan

Dec 17, 2015 | 08:26 AM



LAMAN web Tabung Simpanan Pekerja (CPF) palsu telah diturunkan namun muncul pula laman Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) palsu .


Agensi Keselamatan Siber (CSA) bertindak menurunkan laman CPF palsu itu dan laman palsu lain apabila ia dibawa kepada perhatiannya pada Selasa (15 Dis).


Laman palsu itu menyerupai laman web pemerintah dan syarikat swasta yang tidak dinamakan CSA, dan dihos oleh hos domain 'jinanyuz.com'.


"CSA segera mengambil tindakan memberitahu pembekal perkhidmatan hos laman itu dan pendaftar domain untuk mendapatkan kerjasama mereka menghapuskan laman-laman palsu tersebut," kata Pengarah (Operasi) CSA, Encik Dan Yock Hau, lapor akhbar The Straits Times.


Laman palsu itu kelihatan sahih tetapi mempunyai hubungan URL tambahan di bahagian bawah laman utama, yang boleh mengarahkan pengguna ke laman tidak berkaitan, kata Encik Dan.


Ia boleh berniat jahat - diwujudkan untuk mendapatkan maklumat peribadi.


Siasatan masih dijalankan, dan sesetengah laman palsu itu masih boleh diakses.


Pada Selasa lalu, CPF memberi amaran kepada orang ramai terhadap laman palsu yang menyamar sebagai lamannya, sedang ia menghadapi masalah dengan laman rasminya, yang kini telah dipulihkan lebih 90 peratus.


ICA pula mengeluarkan amaran serupa pada Rabu mengenai tiga laman palsu yang cuba memancing data bagi nombor visa dan pasport pelawat.


Laman palsu itu ialah www.sg-immigov.com, www.icaevisa dan singaporevisagov.com/tracking-visa/


ICA berkata satu laporan polis telah dibuat, dan ia sedang berusaha menurunkan laman palsu itu.


Jurucakap ICA berkata "akses ke laman web ICA rasmi tetap tidak terjejas dan tidak ada data terjejas".


CSA menasihati orang ramai supaya terus berwaspada terhadap laman memancing data, atau phishing.


Phising ialah satu bentuk biasa penipuan dalam talian dan melibatkan penggunaan mesej e-mel dan laman web palsu untuk menipu responden agar memasukkan maklumat peribadi, termasuk data kewangan seperti nombor kad kredit, nama akaun pengguna dan kata laluan.


"Pengguna perlu berhati-hati dan tidak klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel mencurigakan untuk mengakses laman web, dan tidak memberi maklumat peribadi kepada permintaan yang diterima melalui e-mel," kata seorang jurucakap CSA.


Jurucakap itu berkata tanda-tanda laman palsu termasuk alamat web mencurigakan, kesilapan jelas ejaan dan tatabahasa, muka surat tanpa ciri keselamatan bagi penyerahan maklumat dan permintaan maklumat lebih daripada yang biasanya diperlukan, seperti kod keselamatan kad kredit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >