Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman web palsu pekerjaan: PSD buat laporan polis

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



SENARAI pekerjaan dalam sektor awam telah disalin daripada portal Careers@Gov dan diterbitkan di laman web tipuan, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) semalam.



PSD menambah ia telah membuat laporan polis terhadap laman web www.jobsingapore24h.com, yang mengiklankan pekerjaan itu.



PSD juga berkata ia telah menghubungi pemilik laman web itu dan meminta agar semua senarai pekerjaan yang berkaitan dengan sektor awam diturunkan.



"Kami ingin mengingatkan mereka yang ingin mencari pekerjaan agar mendaftar bagi tawaran bekerja sektor awam di portal Careers@Gov atau laman perekrutan agensi yang mengambil pekerja," tambahnya.



PSD juga menasihati mereka yang sedang mencari pekerjaan agar tidak menyerahkan maklumat peribadi atau resume melalui platform yang tidak mendapat kebenaran yang kemungkinan boleh menyebabkan penipuan, pencurian maklumat atau pencurian identiti.



Jika ragu-ragu, mereka seharusnya memeriksa dengan agensi awam relevan mengenai sebarang tawaran pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >