Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lampu Raya sepanjang 2.3 km dilancar 13 Jun

IRMA KAMARUDIN
Jun 03, 2015 | 12:56 PM



GEYLANG Serai bakal bermandikan cahaya lampu Hari Raya berwarna-warni sepanjang Ramadan ini dengan semangat gotong royong kampung menjadi tumpuan tema tahun ini.


Lampu Hari Raya tahun ini bakal dinyalakan pada 13 Jun ini.


Ia yang terbesar pernah diadakan melalui jarak 2.3 kilometer meliputi Sims Ave, Geylang Road dan Changi Road.


Bertemakan "Menghidupkan Semula Kehidupan Kampung", Lampu Hari Raya tahun ini bertujuan menonjolkan semangat kampung masyarakat dan keunikan Hari Raya warga Singapura, sedang negara ini menyambut ulang tahun yang ke-50 tahun ini.


Desain Lampu Hari Raya tahun ini akan menampilkan ciri-ciri kehidupan kampung dan budaya serta tradisi Melayu.


Umpamanya, gerbang utama di Changi Road akan menampilkan desain bumbung rumah kampung tradisional Melayu, perahu dan motif kain songket.


Pelbagai kegiatan juga akan diadakan setiap hujung minggu sepanjang Ramadan di Geylang Serai bagi memperkenalkan tradisi dan budaya masyarakat Melayu menyambut Ramadan dan Hari Raya.


Ini termasuk mempelajari cara tetamu memberi salam dan belajar menulis Jawi.


Acara penyalaan Lampu Hari Raya akan diadakan pada 13 Jun di kawasan terbuka bersebelahan Eunos Road 5, dekat Sims Avenue.


Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, dijangka hadir di acara tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >